KHABAR HAJI (ASTRO OASIS)



Khabar Haji musim ketiga
Astro Oasis (Saluran 106)
Bermula: 24 Oktober hingga 7 November 2011
HARI: setiap hari
EPISOD: 15 episod
MASA: 10 malam
Sumber: Budiey.com



SINOPSIS KHABAR HAJI
Bukan sekadar sebuah program berita dan hal ehwal semasa, penonton turut dipaparkan dengan memahami perjalanan Rukun Islam yang kelima ini. Manakala sempena kemuncak kepada ibadah haji iaitu Wukuf dan Melontar Jamrah bermula 9 hingga 11 Zulhijjah*, siaran secara langsung selama sejam akan dibawakan dari Arafah dan Mina.

menjanjikan liputan lebih terperinci menerusi beberapa segmen baru yang diperkenalkan. Antaranya menyingkap kehidupan harian dan aktiviti rakyat Malaysia di Makkah seperti, pegawai Tabung Haji, pekerja profesional dan mahasiswa Universiti Ummul Qura. Selain itu Khabar Haji 1432H juga akan menyingkap lebih dalam tentang persiapan haji seperti penginapan, katering dan kemudahan untuk jemaah yang uzur.

Jangan ketinggalan menyaksikan program berita dan hal ehwal semasa komprehensif berkaitan perjalanan haji berjudul Khabar Haji 1432H bermula 24 Oktober hingga 8 November 2011 dan kemuncaknya pada 9 hingga 11 Zulhijjah 1432H hanya di Astro Oasis (Saluran 106). Selamat menonton!