PASTA (1 - 20 TAMAT)


PASTA (TV2)
EPISOD: 30 episod (TV2) 20 Episod (real)
PELAKON: Gong Hyo-jin, Lee Sun-gyun, Lee Ha-nee, Lee Hyung Chul, Jo Sang Ki, Baek Bong K dan Heo Tae Hee,
MULAI: 3 Oktober 2011,
HARI: setiap Isnin hingga Jumaat,
MASA: 5.00 petang
SLOT: Kristal di TV2.

DOWNLOAD PASTA (1 - 20 TAMAT)
MEDIAFIRE = DOWNLOAD
passwordnya: gblog85.blogspot.com 


Cuti tahun baru cina 2013 ni.. habiskan masa dengan tengok drama ini :)

SINOPSIS PASTA (TV2)
kisah resipi cinta dan semangat di kalangan chef muda dan menarik berlegar sekitar babak berlaku dalam restoran Itali yang bernama “Mamma Mia”

Realitinya Pasta mengangkat impian dan kejayaan seorang wanita muda yang bercita-cita untuk menjadi chef di restoran elit Sfera La.

Kisahnya bermula dengan watak Seo Yoo Kyung memulakan kerjaya sebagai pembantu dapur di restoran Sfera La. Dia sanggup memulakan kerjaya daripada peringkat bawah dengan melakukan kerja pembantu dapur untuk mencapai cita-citanya bergelar seorang chef.

Sementara itu Choi Hyun Wook, chef utama di restoran Sfera La telah mempelajari seni masakan di Itali dan bermula sebagai pembantu chef di sebuah hotel di Sicily sebelum mencapai kejayaan kini menjadi chef masakan Itali yang paling banyak diiktiraf di Korea.

Keberanian chef pasta, Yoo Kyung sebagai pembantu dapur dan chef junior di sebuah restoran mewah Itali tidak seperti yang diharapkan apabila berlaku kebakaran di dapur pada hari pertama dia bekerja di situ.

Kejadian tersebut sememangnya melemahkan semangat Yoo Kyung apabila dimarahi ketua chef. Begitu pun dia cuba bangkit untuk mengumpul kepercayaan ketuanya itu. Namun usahanya tidak mudah kerana Hyun Woo tanpa diduga membawa masuk pasukan sendiri terdiri daripada kalangan chef Itali yang terlatih untuk bekerja dengannya. Nyata dia hilang kepercayaan terhadap kebolehan orang Korea sendiri hingga mengambil keputusan sebegitu.

Konflik berlaku apabila persaingan mula berlaku dan pada masa yang sama turut diselitkan kisah percintaan berputik antara Yoo Kyung dengan Hyun Woo tanpa diduga.

Saksikan Pasta yang telah memenangi Anugerah Drama MBC 2010 menerusi dua ketegori iaitu Pelakon Wanita Terbaik dimenangi Gong Hyo Jin dan Anugerah Pasangan Terbaik milik Lee Sun Gyun dan Gong Hyo Jin ini hanya di TV2.