PUTRI YANG DITUKAR (DOWNLOAD)



PUTRI YANG DITUKAR
SLOT: Sinetron
HARI: setiap hari Isnin hingga Khamis,
MASA: 2.00petang.
TARIKH: 27 September
PELAKON: Nikita Willy, Glenn Alinskie, Rezky Aditya, Lucky Perdana, Yasmine Wildblood, Citra Kirana, Marini Zumarnis, Sultan Djorghi, Atalarik Syah dan Tsania Marwa.
EPISOD: 175 episod,


DOWNLOAD PUTRI YANG DITUKAR (1 - 175 TAMAT)
= DOWNLOAD

SINOPSIS PUTRI YANG DITUKAR
kisah PUTRI YANG DITUKAR bermula dengan kisah percintaan Ihsan dan Aini yang dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga masing-masing. Kedua-duanya berasal daripada keluarga yang hidup secara serba sederhana, namun, ibu Aini berjaya memikat hati Prabu, seorang hartawan yang mempunyai ramai musuh juga banyak muslihat dan agenda yang tersembunyi. Ihsan ternyata begitu sedih apabila mengetahui bahawa Aini telah dijodohkan dengan Prabu dan tiada apapun yang mampu dilakukan olehnya untuk menghalang mereka daripada berkahwin.

Tekad dengan keputusannya, Ihsan yang didorong rasa cinta yang begitu dalam mengajak Aini untuk lari meninggalkan majlis perkahwinan itu. Prabu yang terkejut dengan kehilangan Aini telah berjaya mematahkan usaha mereka dengan ‘membunuh’ Ihsan di dalam satu kemalangan jalanraya yang dirancang.

Tujuh belas tahun telah berlalu, kini Amira dan Zahira merupakan dua orang gadis yang mempunyai latar belakang berbeza. Amira dibesarkan di dalam kehidupan yang serba sederhana bersama kedua-dua orang tuanya, Ihsan dan Utari. Mereka sekeluarga menjalani kehidupan seharian dengan penuh kasih sayang dan begitu ceria. Walaubagaimanapun, dunia ternyata berbeza buat Zahira yang mempunyai kehidupan yang cukup mewah bersama kedua-dua orang tuanya, Prabu dan Aini, di samping ibu tirinya, Malena dan kakak tirinya, Meisya.

Kemewahan bukan segala-segalanya, Zahira tidak pernah mendapat layanan setimpal sebagai seorang anak perempuan daripada ‘ibu bapanya’ dan sering menjadi bahan mainan Malena dan Meisya. Tetapi, berbekalkan perhatian dan bantuan yang sering diberikan oleh pemandu dan pembantu peribadi keluarganya, Arman, seorang jejaka muda yang cukup mengasihani keadaan Zahira, anak gadis itu setia bertahan menanggung derita.

Namun, tiada seorang pun yang mengetahui akan rahsia yang tersembunyi di sebalik dua keluarga tersebut, dimana Zahira sebenarnya merupakan anak kepada Ihsan dan Utari, manakala pasangan Prabu dan Aini pula merupakan ibubapa kandung kepada Amira. Apakah punca sebenar dan siapakah yang menjadi dalang di sebalik pertukaran kedua bayi ini ketika dilahirkan? Mampukah Amira dan Zahira menerima nasib dan takdir mereka setelah dipertemukan dan siapakah sebenarnya Arman?