THE THING



The Thing
Klasifikasi: 18
Genre: Ngeri / Fiksyen Sains / Seram / Misteri
Tarikh Tayangan: 13 Oktober 2011
Pengedar: UNITED INTERNATIONAL PICTURES
Pengarah: Matthijs van Heijningen Jr
Pelakon: Mary Elizabeth Winstead, Joel Edgerton, Ulrich Thomsen



SINOPSIS THE THING

Merupakan filem prekuel kepada filem tahun 1982, John Carpenter dari tajuk yang sama. "The Thing" arahan Matthijs Van Heijningen Jr. kisah tiga hari sebelum peristiwa file John Carpenter, mengisahkan sekumpulan penyelidik yang dihantar ke tapak kajian di Antartika. Mereka menemui kapal angkasa yang beku di bawah ais. Hal itu menyebabkan ketidaksefahaman antara Kate dan saintis, Dr Sander Halvorson. elepas eksperimen membebaskan makhluk asing tersebut dari terperangkap beku dalam 'penjara' ais.

Perselisihan faham itu menyebabkan Kate mengambil jalan sendiri untuk mengkaji makhluk asing itu sehingga satu kemalangan berlaku kerana secara tidak langsung, uji kaji yang mereka lakukan menghidupkan kembali makhluk asing itu.

watak Kate Llyod yang mempunyai karakter seorang wanita bijak dan kuat. Pada awal cerita, ia agak perlahan tetapi masih penuh dengan unsur mengejut�kan. Kate menyertai kru juruterbang, Carter menghalang makhluk tersebut dari terus membunuh dan dalam pada yang sama menyerupai mereka menggunakan kebolehan luar biasanya meniru sebarang hidupan menerusi penghadaman sekaligus berpotensi membentuk tamadun serta hidupan asing di muka bumi.