BAHASA BIAR BETUL (TV2)

Bahasa Biar Betul
MULAI: 5 November
HARI: setiap Sabtu,
MASA: 5.00 petang TV2.
EPISOD: 13 episod
SUMBER: Budiey
PELAKON: Zaibo (Iqbal), Dilla Ahmad (Rose), Darling Ngasri (Lin Sofea), Mandy Chong (Irene Law), Shashi Taran (Prakash), Ngasrizal Ngasri (Upi) Sofian Bujang (Kay) dan Kazarudin Saisi (Zaman)



SINOPSIS BAHASA BIAR BETUL (TV2)

menyampaikan usaha memperbaiki bahasa pertuturan secara santai dalam dialog yang digunakan pelakonnya di samping mengetengahkan tajuk dan topik yang berbeza dalam setiap episod siarannya.
Menerusi episod pengenalannya, Bahasa Biar Betul mengetengahkan tajuk Hari Pertama di mana plot cerita lebih kepada memperkenalkan watak dan perwatakan setiap orang dalam siri ini. Setiap pelajar memiliki sebab tersendiri kenapa mereka mengikuti program kelas bahasa. Masing-masing menceritakan peristiwa yang telah mereka lalui hingga membawa mereka ke kelas bahasa ini. Pembelajaran kelas bahasa bermula dengan pembetulan salah bahasa yang digunakan setiap orang semasa menceritakan latar belakang mereka. Mereka mempunyai kelemahan penggunaan bahasa yang berbeza mengikut perwatakan masing-masing.

Pembelajaran di kelas semakin berkembang menerusi episod Hari Jadi Pengetua yang membawa situasi Cikgu Rose meminta setiap orang menyediakan satu catatan mengenai sesuatu peristiwa yang dialami oleh mereka pada hujung minggu ini dan membawa catatan tersebut pada hari Isnin nanti. Hari Isnin itu juga merupakan hari jadi Encik Iqbal, jadi dia berpakat dengan Zaman supaya Zaman menghebohkan tarikh hari jadinya supaya semua orang tahu dan orang akan membuat kejutan parti hari jadinya.


Pada hari Isnin itu semua orang termasuk Zaman sendiri lupa pasal hari jadi Encik Iqbal kerana sibuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh Cikgu Rose. Encik Iqbal kecewa kerana semua orang tidak pedulikannya. Rupanya itulah kejutan kepada En. Iqbal, apabila dia rasa semua orang tidak mempedulikan dia, semua orang muncul dengan kejutan hari jadi.

Saksikan juga episod Buat Bisnes apabila kelas digemparkan dengan watak Kay yang menjual barang terpakai di internet. Dia membeli barang terpakai daripada kenalannya dengan harga murah kemudian menjual dengan harga mahal di laman sesawangnya. Di dalam kelas Kay menjadi sibuk, telefonnya selalu berdering dan dia akan keluar untuk menghantar barang.

Melihat Kay berjaya dengan bisnes laman sesawangnya, Zaman meminta Kay memasukkan barang terpakai miliknya untuk dijual dengan cara sama. Lin Sofea datang ke kelas dengan menunjuk pakaian serta aksesori berjenama yang kononnya dibeli dengan harga mahal dari luar negara. Dia memperlekehkan barang orang lain. Pengetua memanggil Kay kerana masalah Kay yang selalu ponteng kelas. Pengetua mengugut, jika Kay tidak berubah dia akan memberitahu orang tua Kay. Kay memberi satu barang jualannya kepada pengetua sebagai ganjaran Pengetua tidak memberitahu orang tuanya.

Satu hari Lin membawa beg tangan yang dikatakan dibeli dengan harga mahal dari luar negara. Rupanya beg tangan itu milik isteri Zaman. Lin membeli dari beg tangan itu daripada laman sesawang. Zaman datang meminta beg tangan itu kembali kerana isterinya mengamuk mahukan beg tangan itu semula. Pengetua pula dikejar oleh seorang lelaki kerana barang yang diberi oleh Kay ialah barang milik lelaki tersebut yang telah dicuri. Rupanya barang yang Kay beli daripada kenalannya untuk dijual di internet ialah barang-barang curi.