DRIVER YB (TV1)

DRIVER YB (TV1)
TARIKH: 22 November ,
HARI: setiap Isnin hingga Rabu,
MASA: 3.05 petang.
PELAKON: Abby Abadi, Aman Shah, Dato’ Jalaluddin Hassan, Enot, Iqram Dinzly, Raja Farah dan Sabrina Ali,
EPISOD: 13 episod



SINOPSIS DRIVER YB (TV1)
berkongsi babak-babak kehidupan dilalui YB Datuk Shukran yang berdepan dengan konflik yang ditimbulkan isterinya, Datin Arisya yang terkenal dengan keangkuhannya. Di situ juga muncul watak pemuda bernama Ismail yang atas bantuan sahabatnya, Rogayah yang juga pegawai peribadi Datin Arisya berjaya mendapatkan kerja sebagai pemandu peribadi kepada Datuk Shukran.

Meskipun pada mulanya Ismail bersangka buruk terhadap majikan barunya itu namun segalanya berubah bila saban hari dia bersama dengan Datuk Shukran. Dia mula memahami dilema yang dirasai Datuk Shukran akibat perangai isterinya yang suka mengongkong dan memaksa dia melakukan sesuatu yang tidak disukai. Lagi pula Datin Arisya terlalu cemburu hinggakan sikapnya itu mengganggu Datuk Shukran melakukan tugasnya mendekati dan mendengar masalah rakyat tidak kira lelaki atau perempuan.

Satu hari dengan bantuan Ismail secara senyap-senyap Datuk Shukran pulang ke kampung yang sudah sekian lama tidak dijejakinya. Di situ dia bertemu semula dengan teman lamanya Yusof dan Pak Daud. Namun musuhnya Majid tidak ketinggalan sama hadir mahu memburuk-burukkan namanya walau dengan apa cara sekalipun. Dendamnya apabila cintanya terhadap janda bernama Zaleha tidak berbalas masih ada meskipun sedar wanita yang dicintainya itu tidak pernah menjalinkan hubungan dengan Datuk Shukran yang berniat baik mahu membantunya atas dasar tanggungjawab sebagai seorang wakil rakyat.

Ketika itu juga, Ismail diburu oleh Nelly, teman kepada Rogayah yang jatuh hati terhadapnya. Situasi bertambah genting apabila Nelly cuba sedaya upaya mencuri hati Ismail namun sebaliknya Ismail lebih menyenangi Rogayah.

Sementara itu Datuk Shukran yang pulang ke kampung ingin membantu orang kampung dengan membuka perniagaan ternakan arnab namun hasratnya itu dalam diam tidak direstui Datuk Mokhtar, seterunya yang sejak dahulu mendendaminya. Apatahlagi Datuk Mokhtar mendapat bantuan Doktor Wahab yang tersepit antara ugutan dengan hubungan persahabatan.

Lalu bagaimanakah kesudahannya? Mampukah Datuk Shukran menjalankan tugas-tugasnya sebagai wakil rakyat dan pada masa sama menyedarkan isterinya supaya tidak cemburu buta? Bagaimana pula dengan Ismail yang tersepit dengan keadaan apabila diugut oleh Datin Arisya?

Saksikan kesudahannya dalam Driver YB hanya di TV1.