KOPI O (TV2)

Kopi O
MULAI:13 November
HARI: Ahad,
MASA: 9.30
EPISOD: 13 episod
SUMBER: budiey
PELAKON :Danny X Factor, Siti Fazurina, Alex Raja Lawak, Amelia Chin, Prieya Kalpana, Ebi Cornelis dan Karim Rizs



SINOPSIS KOPI O (TV2)
Kopi O yang berlatarkan situasi berlaku dalam sebuah warung kopi milik seorang lelaki berbangsa Cina dikenali sebagai Alex. Ia mengisahkan Alex yang membuka sebuah warung kopi di kawasan perumahannya. Di warungnya, Alex berdepan dengan pelbagai kerenah pelanggannya. Pelbagai permasalahan berlaku namun Alex dan rakan-rakannya cuba mencari jalan penyelesaian. Dengan semangat kerjasama yang tinggi tanpa mengira agama dan bangsa segalanya cuba diatasi bersama. Antara kisah yang dipaparkan dalam drama bersiri ini termasuklah doktor palsu, barang tiruan, PATI, teknologi maklumat dan komunikasi, bayi, lawatan YB, nyamuk aedes dan banyak lagi.

Dalam edisi pengenalannya yang bermula 13 November kelak, Kopi O tampil dengan episod Doktor Palsu yang berkongsi situasi berlaku dalam warung Alex apabila dia didatangi oleh Doktor Sim (doktor palsu). Doktor Sim mendapati Langgong dan Cikgu Nik Man disahkan mendapat penyakit ketumbuhan disebabkan kekerapan mereka berdua minum kopi O di warung Alex. Azizah cuba membantu mententeramkan mereka berdua. Akhirnya, Doktor Sim rupa-rupanya seorang pesakit mental yang terlepas dari hospital mental.

Seterusnya antara episod lain yang turut mencuit hati termasuklah Barang Tiruan yang berkongsi kekecohan berlaku apabila Alex terpengaruh dengan pelanggan-pelanggannya yang menggunakan barang tiruan. Alex tanpa berfikir panjang telah menggunakan kopi tiruan hingga membuatkan pelanggannya sakit perut dan cirit-birit.

Saksikan juga episod mencuit hati apabila Alex sebagai pemilik kedai terpaksa berdepan dengan kerenah pelanggannya yang mengambil kesempatan menggunakan wifi di warungnya hingga mengakibatkan dia terpaksa lewat menutup kedai setiap hari. Begitu juga pengajaran di selitkan dalam tajuk Bayi apabila Kavitha menemui bayi dalam bas mini dan keadaan menjadi kecoh apabila bayi tersebut di bawa ke warung Alex dan masing-masing memperkatakan kes pembuangan bayi yang semakin berleluasa sekarang.

Usah ketinggalan untuk berhibur dan bergelak ketawa dengan sitkom Kopi O hanya di TV2.