QASEH MARISA (TV1)

Qaseh Marisa
MULAI:8 November 2011,
HARI: setiap Isnin hingga Khamis,
MASA:4.30 petang di TV1
slot: Cindai
Sumber: budiey
EPISOD: 13 episod
PELAKON: Aida Khalida, Shaharuddin Thamby, Kat dan Erry Putra.Misha Omar



SINOPSIS QASEH MARISA (TV1)
rama ini berkembang sekitar kisah berlaku dalam hidup gadis bernama Marisa. Kehidupan Marisa yang penuh liku sebelum ini berubah selepas dia bekerja dengan Datin Aida sebagai pembantu rumah.

Melihat tingkahlaku Marisa yang sopan, pandai melakukan kerja rumah menyebabkan Datin Aida tertarik untuk menjadikan Marisa sebagai madunya. Apatahlagi Marisa pandai mengambil hati serta rajin dalam melakukan tugasnya sehariannya.

Begitu pun malang mula menimpa dalam hidup Marisa apabila kehadirannya tidak disenangi oleh anak kepada majikannya yang sentiasa mencari kesalahannya semata-mata mahu Marisa dimarahi ayah dan ibunya. Hatinya puas apabila berjaya membuat Marisa terluka dan sakit hati.

Kemuncak konflik berlaku apabila dek termakan hasutan anaknya, Datin Aida mula curiga dan membenci Marisa yang sebelum ini diagung-agungkan peribadinya. Situasi menjadi tegang apabila tidak ada lagi suasana harmoni dalam rumah itu.