RENDANG KASIH (DOWNLOAD)

RENDANG KASIH (TV1)
PELAKON: Anding Indrawani, Fadilah Mansor, Abu Bakar Omar, Nasir Bilal Khan, Wany Osmar dan Leez AF.
TARIKH: 6 NOVEMBER (HARI RAYA)

DOWNLOAD RENDANG KASIH
HOTFILE = DOWNLOAD
Kredit: kepalabergetar





SINOPSIS RENDANG KASIH
Kematian ibunya secara mengejut membuatkan Izam terpaksa melupakan tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negara. Meskipun berat hati namun dia terpaksa mengambil keputusan untuk mengorbankan masa depan sendiri demi menjaga tiga orang adiknya. Izam sedar, dia harus menggalas tanggungjawab tersebut memandangkan ayahnya enggan bertanggungjawab terhadap mereka adik-beradik. dia mengambil keputusan untuk menguruskan perniagaan nurseri yang diwarisi dari arwah ibunya.

Dalam usia yang masih mentah, dia berusaha mengembangkan perniagaannya demi meneruskan kesinambungan hidup mereka adik beradik. Dalam membesarkan 3 adik yang meningkat remaja, Izam terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran. Pergorbanan Izam yang sanggup bergadai nyawa demi adik-adik menuntut kesabaran yang tinggi dalam dirinya.

Sehingga tiba ke tahap kemuncaknya apabila berlaku satu kejadian yang menyebabkannya mengalami kecacatan akibat dipukul oleh sekumpulan mat rempit yang cuba mempengaruhi adiknya. Segalanya sanggup dilakukan Izam semata-mata tidak mahu adiknya terjebak dengan gejala yang tidak sihat itu.

Namun adakah pengorbanan yang dilakukannya itu semata-mata menjunjung erti kasih sayang seorang abang terhadap adik-adiknya itu benar-benar dihargai? Pada masa sama adakah kemunculan ayah mereka yang telah insaf dari kesalahannya kemudiannya diterima?

Untuk mengetahui kesudahan drama yang sarat dengan pengajaran ini, pastikan anda meluangkan masa menonton drama Rendang Kasih hanya di TV1.