A WARRIORS TRAGEDY (TV2)

A Warrior’s Tragedy (1993)
MASA: 10.00 malam
TARIKH: 10 November
PELAKON: Ti Lung, Frankie Chan Fan-Kei, Anita Yuen Wing-Yee, Fennie Yuen Kit-Ying, Julian Cheung Chi-Lam, Fung Hak-On dan Tze Miu
SUMBER: BUDIEY



SINOPSIS A WARRIORS TRAGEDY
kisah tentang pahlawan bernama Fu (Ti Lung), seorang pemain pedang yang bermasalah. Pada masa sama Fu telah dilatih oleh ibunya untuk membalas dendam terhadap kematian keluarganya di tangan Ma Hung-Kwan, seorang ketua perang yang zalim.

Dalam kampung mereka, dia bertemu seorang ketua seni mempertahankan diri dikenali sebagai Yip Hoi (Frankie Chan) yang menyertai Fu dalam jemputan untuk melawat rumah Ma.

Rupa-rupanya, Fu bukanlah satu-satunya pihak yang cuba untuk membunuh Ma. Namun Ma mampu menangkis semua serangan dan ancaman kerana kemahirannya dalam bidang seni mempertahankan diri yang mampu melindungi dirinya daripada serangan pihak musuh.

Mengetahui bahawa dirinya tidak dapat berjaya dalam serangan secara terang-terangan terhadap Ma, Fu mengalih tumpuan dengan berpoya-poya dengan seorang wanita. Namun hakikatnya wanita tersebut bukanlah gadis sembarangan kerana tanpa disedari Fu, gadis itu merupakan individu yang telah diupah untuk membunuh dirinya.

Sementara itu, Yip Hoi masuk ke dalam satu siri pengembaraan yang memuncak dalam pertempuran dengan Fung Hak On dan mengejar kereta kuda dinaiki oleh Fung. Ketika itu Ma membuat satu percubaan yang gagal untuk menentang kedua-dua pahlawan itu.

Bagaimanakah kesudahannya hanya akan dietahui apabila anda meluangkan masa menyaksikan filem aksi A Warrior’s Tragedy ini hanya di TV2.