JANGAN BUNUH MATAHARIKU 2 (TV2)




JANGAN BUNUH MATAHARIKU 2 (TV2)
MULAI: 7 Disember ,
HARI: setiap Rabu,
MASA: 9.00 malam
EPISOD: 13 episod
PELAKON: Rita Rudaini , Aqasha (Rahas), Azlee Khairi (Urwah), Geofrey Williams (Owen) dan Siti Fazurina
SUMBER: Budiey.com


SINOPSIS JANGAN BUNUH MATAHARIKU 2 (TV2)
kesinambungan drama Jangan Bunuh Matahariku siri 1 Ia mengisahkan selepas kekasihnya Rahas meninggalkan Cameron Highland, Suri hidup dalam kemurungan. Saban hari dia hanya menantikan kepulangan kekasihnya itu. Pada masa sama suasana di Cameron Highland juga berubah. Ramai pekerja Tuan Micheal yang meninggalkan ladang itu dan Pak Darip, ayah Suri adalah di antara orang yang risau dengan keadaan kampung mereka. Dia juga marah terhadap Rahas yang telah memporak-perandakan kawasan itu dan menghilangkan diri.

Rahas sebenarnya melarikan diri ke kawasan pekan dan berkenalan dengan Ajak dan Urwah. Rahas kemudiannya menumpang tinggal bersama Ajak dan isterinya. Rahas begitu mempercayai Urwah hingga sanggup menceritakan segala-galanya termasuklah tentang cintanya pada Suri. Urwah pula mula menyiasat tentang Suri yang dimaksudkan Rahas dan dalam diam, Urwah menyintai Suri. Laila, tunang Urwah cemburu terhadap Urwah kerana selalu memerhatikan Suri.

Tuan Michael pula menyarankan agar Owen segera berkahwin dengan Suri memandangkan kesihatan dia yang tidak menentu. Hanya pada Ana, tempat Suri meluahkan perasaannya. Ana berpakat membantu Suri mencari Rahas di pekan kerana Ana pernah terdengar orang kampung ternampak Rahas di sana. Suri membuat alasan ke rumah kakaknya, Dahlia tetapi tidak berjaya apabila Pak Darib mengetahui Suri menipunya. Pak Darib mahukan yang terbaik buat Suri lalu mendesak Suri mengahwini Owen.

Urwah mencerobohi bilik Rahas lalu menemui beg yang mengandungi diari Rahas. Dia rupanya memiliki niat jahat untuk mendapatkan Suri dengan cara mudah. Melalui diari itu, Urwah belajar jadi seperti Rahas. Suri terpedaya apabila Urwah mengaku dirinya adalah Rahas kerana Suri yang dulunya buta tidak pernah melihat wajah Rahas.

Suatu hari, Suri melarikan diri apabila Pak Darib sibuk menguruskan majlis perkahwinannya dengan Owen. Dalam perjalanannya, Suri terjumpa Urwah yang baginya Urwah itu adalah Rahas. Urwah menyelamatkan Suri dengan membawa Suri ke rumahnya. Lalu berjayakah Urwah mahu mengahwini Suri? Bagaimana pula situasi Suri apabila mengetahui penyamaran Urwah?