KUIZ 1 HATI CINTA NEGARA (TV1)

KUIZ 1 HATI CINTA NEGARA (TV1)
MULAI: 2 Disember 2011,
HARI: setiap Jumaat, jam 10.00 pagi
EPISOD: 13 episod
PENGACARA: Luqman Hakim dan Siti Nazira , Wan Sharmila
JURI: Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Ramlah Adam
SUMBER: Budiey.com



SINOPSIS KUIZ 1 HATI CINTA NEGARA (TV1)
setiap episod 2 kumpulan di mana setiap kumpulan diangotai oleh 3 orang peserta bakal berentap untuk mara ke perigkat seterusnya.

Pemenang dari episod pertama hingga lapan akan berentap di peringkat separuh akhir yang dijadualkan pada episod 9, 10, 11 dan 12. Dua kumpulan yang mendapat peratusan markah tertinggi pada episod separuh akhir layak ke pusingan akhir yang menawarkan hadiah utama.

Program ini dipecahkan kepada 3 segmen utama iaitu Segmen Pertama (Huraikan) yang melibatkan seorang juri jemputan berkuasa menentukan markah peserta di akhir rancangan. Markah akan diberikan berdasarkan isi dan fakta yang dicatat oleh peserta. Soalan dalam segmen ini bertemakan tokoh dan pengetahuan am. Setiap peserta akan ditunjukkan gambar tokoh atau mercu tanda dan akan menghuraikan apa yang mereka tahu berkenaan visual yang tertera di skrin TV. Markah akan diberi mengikut jumlah fakta yang disebut oleh peserta. Satu fakta akan diberi 2 markah. Setiap peserta akan diberi masa 2 minit untuk menjawab soalan.

Segmen Kedua (Soalan Berangkai Kacau Minda) pula melibatkan soalan berangkai. Soalan berangkai bermaksud satu fakta akan dibacakan sebelum soalan dikemukakan di mana soalan tersebut tidak ada kaitan dengan fakta yang diberikan oleh pengacara. Setiap kumpulan akan disoal mengikut giliran.

Tibalah giliran kemuncaknya di mana Segmen Ketiga (Segmen Cepat Jawab), soalan berkisar kepada Pengetahuan Am/Sejarah akan disoal dalam segmen ini. Peserta akan berebut menjawab soalan dengan yang mana kumpulan yang paling cepat menekan butang loceng akan dipilih.