MERLIN MUSIM 4 (TV3)



MERLIN Musim ke-4
EPISOD: 13 episod
MULAI (SPECIAL): (16 Disember) 2 episod pengenalan
MASA (SPECIAL): 10.00 hingga 12.00 tengah malam HARI: hari Jumaat
SLOT: Mega Movie
HARI: Setiap Ahad,
MASA: 10.00malam
MULAI: 18 Disember.



SINOPSIS MERLIN MUSIM 4 (TV3)
kisah seorang pemuda yang mempunyai kuasa luar biasa namun terpaksa merahsiakan keupayaannya sebelum diangkat menjadi seorang ahli sihir paling agung di dunia. Namun, pertempuran yang lebih sengit menanti dua perwira agung lagenda Arthurian di dalam mempertahankan bumi Camelot daripada serangan ganas kuasa-kuasa jahat yang ingin menakluk dan menggulingkan Putera Arthur dan takhtanya. Kali ini, Merlin tiada pilihan lain dan terpaksa menggunakan sepenuhnya kuasa saktinya bagi membantu Putera Arthur dan bala tentera tatkala Camelot dilanda kemerosotan yang paling dahsyat.

siri pengembaraan fantasi British musim ini sarat dengan peperangan dan usaha-usaha hebat demi menyelamatkan Camelot daripada musnah di tangan Morgana dan sekutu-sekutu jahatnya. Permulaan siri musim ini menyaksikan sebuah perkembangan yang pesat di dalam ketamadunan jajahan Camelot. Walaubagaimanapun, langit tidak kekal cerah di Camelot kerana kuasa-kuasa jahat mula bergabung untuk melancarkan kempen kemusnahan. Segalanya bakal berubah apabila Morgana membuka pintu laluan sakti ke dimensi lain (Other World).


Merlin bakal menghadapi cabaran yang paling sukar apabila niat jitu Morgana bukan sahaja akan menggugat masa depan Prince Arthur, malah ia juga akan membahayakan keseimbangan alam nyata. Setelah kekuatan kuasa magisnya berganda, ahli sihir wanita ini mengarahkan Callieach, juga seorang ahli sihir yang berkuasa untuk membuka pintu laluan di antara dua dimensi; alam nyata dan dimensi lain (Other World). Apabila pintu dibuka, pelbagai jenis makhluk bengis mula menerjah masuk dan membunuh setiap manusia yang berada di dalam cengkaman mereka. Perjuangan Merlin kali ini memerlukan lebih daripada hanya sekadar senjata untuk beliau menewaskan musuh-musuhnya. Namun, Merlin tidak langsung menduga bahawa satu-satunya cara untuk beliau mengembalikan keamanan memerlukan pengorbanan yang cukup besar.

Apabila King Uther Pendragon mati setelah dikuasai bayang diri asalnya, kini segala tanggungjawab dan beban terletak pada bahu Merlin dan Prince Arthur untuk mempertahankan Camelot daripada segala ancaman dan anasir jahat, seterusnya mengembalikan zaman kegemilangannya. Akan tetapi, Merlin menghadapi konflik terhadap kuasa magisnya sendiri, setelah Arthur ditabalkan menjadi raja. Merlin berhasrat untuk menghidupkan semula elemen magis di Camelot, namun sukar bagi beliau untuk membuat pilihan samada untuk mendedahkan kuasanya ataupun kekal berdiam diri demi menyembunyikan rahsia. Tatkala Morgana sedang melancarkan serangan balas dendam terhadap Camelot, bapa saudara Arthur, Agravaine tiba untuk memberikan bantuan ketika Arthur sedang sibuk memerintah jajahan tersebut.