SKUAD IMAM MUDA 2 (ASTRO OASIS)



SKUAD IMAM MUDA (ASTRO OASIS)
HARI: setiap hari Rabu,
MASA: 9.00 malam
MULAI: 7 Disember 2011
SALURAN : Astro Oasis (Saluran 106)

SINOPSIS SKUAD IMAM MUDA (ASTRO OASIS)

Skuad Imam Muda ialah sebuah program travelogue yang menonjolkan metodologi dakwah secara santai di samping memaparkan perjalanan dua orang Imam Muda musim kedua menggunakan pengangkutan ”motor home” untuk begerak ke seluruh semenanjung Malaysia. Setiap lokasi dan pengalaman mereka didokumentasikan kepada sebuah realiti kehidupan untuk mendalami masalah dan keperluan masyarakat. Dua orang Imam Muda ini membantu dan menjalankan sesi motivasi dan bekerjasama dengan penduduk kampung untuk memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

Golongan masyarakat yang dikunjungi antaranya adalah mendekati kehidupan Orang Asli Muslim, merasai pengalaman sebagai nelayan, mendekati pelajar kolej komuniti, menziarah saudara seislam di Pulau Ketam, Konvoi Mat Motor ke Gunung Ledang, menjalani rutin penarik beca dan pengalaman bersama warga Felda. Pada program ini juga ditonjolkan majlis perkahwinan salah seorang Imam Muda musim kedua, Amar.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton program yang memaparkan perjalanan dakwah dua Imam Muda musim kedua dengan ”motor home” berjudul Skuad Imam Muda yang bakal menemui para penonton pada setiap hari Rabu, jam 9.00 malam bermula 7 Disember 2011 menerusi Astro Oasis (Saluran 106). Selamat menonton!