BINTANG (TV2)



TELEMOVIE BINTANG (TV2)
HARI:Sabtu,
MASA: 10.00 pagi,
TARIKH: 28 Januari
PELAKON: Siti Fazurina, Farahdhiya, Mandy Chong, Jason Chong, Hung Shen dan Shashitaran.
SUMBER: BUDIEY.COM



SINOPSIS BINTANG (TV2)
Kehadiran Yasmin kurang disenangi Zara, salah seorang pekerja syarikat sama yang seringkali diangkat sebagai pekerja terbaik setiap bulan hingga diberikan ‘bintang’penghargaan. Namun sikapnya itu hanyalah pura-pura kerana dia sebenarnya tidak jujur dalam kerja dan suka bermuka-muka dengan Datin Jenny.

Takdir menentukan Datin Jenny jatuh sakit. Sejak itu Yasmin hadir untuk membantu menguruskan syarikat tersebut bersama Siva. Namun tugas mereka bukanlah mudah apabila Zara mula menunjukkan belangnya dan sentiasa cuba menabur fitnah termasuklah menuduh Yasmin dan Siva bercinta kerana bertugas hingga tengah malam di pejabat.

Konflik sampai di kemuncaknya apabila Zara cuba meracuni fikiran rakan kongsi Datin Jenny dengan hasrat dia dapat menjatuhkan majikannya itu sekaligus mengambil alih tugas menguruskan syarikat tersebut. Mujur ketika itu muncul Henry, anak tunggal Datin Jenny yang sanggup mengetepikan pengajiannya dan berhasrat mengambil alih syarikat ibunya itu.

Dengan bantuan Yasmin dan Siva, Henry mula mengusahakan perniagaan ibunya itu. Zara pula cuba sedaya upaya untuk menggoda Henry demi mencapai hasratnya mendapat tempat dalam syarikat itu.

Saksikan slot Kasih yang menyajikan telemovie-telemovie terbaik hanya di TV2.