DOKUMENTARI KHURAFAT (DOWNLOAD)

DOKUMENTARI KHURAFAT (TV9)
EPISOD: 13 episod
PENGACARA: Ahmad Fedtri Yahya
HARI: setiap Selasa,
MASA: 9.30 malam,
MULAI: 17 Januari .



DOWNLOAD DOKUMENTARI KHURAFAT
Khurafat Minggu 01 = DOWNLOAD
Khurafat Minggu 02 = DOWNLOAD
Khurafat Minggu 03 = DOWNLOAD
Khurafat Minggu 04 =
Khurafat Minggu 05 =
Khurafat Minggu 06 =
Khurafat Minggu 07 =
Khurafat Minggu 08 =
Khurafat Minggu 09 =
Khurafat Minggu 10 =
Kredit: kepalabergetar



SINOPSIS DOKUMENTARI KHURAFAT
Antara kepercayaan khurafat yang boleh menjurus kepada kufur serta syirik di kalangan umat Islam ialah menilik nasib, memuja kubur untuk meraih rezeki, sihir, amalan nasi kangkang dan pemakaian tangkal adalah . Namun, pada zaman yang sudah moden ini, masih terdapat segelintir anggota masyarakat yang tidak henti-henti mengamalkan perkara-perkara khurafat ini. Itulah yang ingin ditampilkan menerusi rancangan majalah terbaru TV9, Khurafat yang memaparkan kisah-kisah benar amalan khurafat yang masih dipraktikkan sehingga masa kini.

Khurafat membuka tirai dengan episod pertama, Pemujaan Kubur menceritakan bagaimana tiga lelaki memakai jubah dan serban, merintih menangis kerana tidak dapat menemui jalan keluar dari makam Tok Pulau Manis, Kuala Terengganu selepas dipercayai memuja nombor ekor di kubur ulama Syeikh Abdul Malik Syeikh Abdullah yang turut dikenali sebagai Tok Pulau Manis.

Dalam episod kedua pada 24 Januari ini, Khurafat mendedahkan perubatan tradisional di Kelantan yang menggunakan telur untuk dijampi sebelum digunakan bagi beberapa tujuan seperti tapak membina rumah baru, merawat demam dan menghalau gangguan makhluk halus.

Adakah anda percaya pada patung lambaian puteri dari Siam yang digunakan untuk kelihatan cantik dan menundukkan seseorang dengan amalan menjijikkan? Ikuti kisah Patung Lambaian Puteri yang akan disiarkan dalam episod ketiga Khurafat pada 31 Januari.

Beranikah anda berjumpa dengan seseorang yang bertapa dalam gua untuk mendapatkan nombor ekor dan memohon hajat? Episod keempat merungkai kisah pemujaan gua pada 7 Februari ini dan banyak lagi dalam Khurafat yang bakal menemui anda setiap Selasa.