HELLCATS (8TV)

HELLCATS
Mulai: 27december 2011
Hari: Selasa
Masa: 9.30 malam
Bahasa: Inggeris
Pelakon: Alyson Michalka, Ashley Tisdale, Robbie Jones dan Matt Barr,



SINOPSIS HELLCATS
Alice si hidung tinggi bersama rakan-rakannya Savanah, dan Marty si ‘ringan tulang’ dan kelakar kini kembali ke kaca TV anda! Pastikan anda mengikuti Hellcats, kisah remaja dari Lancer Universiti yang akan menghiburkan malam Selasa anda!

Dalam episod sebelum ini, Alice, iaitu bintang utama pasukan sorak Hellcats, mengalami kecederaan dan menyebabkan pasukan sorak itu kekurangan seorang anggota. Marty telah berjaya mendapat tempat untuk menjadi anggota pasukan sorak Hellcats. Selain berkawan dengan teman sebiliknya Savannah, Marty juga kelihatan semakin rapat dengan Lewis, iaitu rakan sepasukannya yang juga merupakan bekas kekasih Alice.

Alice dan Dan iaitu teman baik Marty mendapat tahu tentang keakraban hubungan Marty dan Lewis menjadi berang dan cemburu. Adakah persahabatan yang terjalin sekian lama bakal musnah disebabkan perasaan dendam dan cemburu?