PAINTED SKIN (TV2)

Painted Skin
TARIKH: 24 Januari,
MASA: 9.00 malam
PELAKON: Kwong, Donnie Yen, Xun Zhou dan Kun Chen



SINOPSIS PAINTED SKIN (TV2)
zaman era pemerintahan Chin dan Han, Komander Wang Sheng telah mengetuai pasukan tenteranya untuk menyerang penyamun di padang pasir dan pada masa yang sama dia telah menyelamatkan seorang wanita cantik dan membawanya pulang bersama.

Namun, dia langsung tidak mengetahui bahawa perempuan itu, Xiao Wei sebenarnya adalah roh seekor musang yang menjelma sebagai manusia. Xiao Wei sentiasa memerlukan bekalan hati manusia untuk mengekalkan dirinya seperti seorang manusia dan tugas itu diserahkan kepada pembantunya Xiao Yi – seekor sumpah-sumpah padang pasir yang juga menjelma sebagai manusia dan mempunyai kebolehan untuk menghilangkan diri di dalam persekitarannya.

Demi membuktikan cinta dan kesetiaannya kepada Xiao Wei, dia melakukan banyak pembunuhan demi membekalkan hati manusia kepadanya, lalu menyebabkan seluruh bandar berada di dalam ketakutan. Pada masa yang sama, Xiao Wei telah jatuh hati pada Wang Sheng, setelah melihat keberanian Wang Sheng ketika cuba menyelamatkannya.

Sejak daripada itu, Xiao Wei sentiasa cuba untuk menggoda Wang demi merampasnya daripada isteri Wang, Pei Rong menyedari perasaan Xiao Wei terhadap suaminya, dan dia juga mendapat tahu bahawa Xiao Wei sebenarnya bukanlah seorang manusia. Jadi dia pergi meminta bantuan Pang Rong, seorang pakar seni mempertahankan diri dan juga Xia Bing, seorang bomoh penangkap hantu.

Saksikan kesudahan kisah menarik ini hanya di TV2.