PILIH KASIH 3 (TV2)



PILIH KASIH 3 (TV2)
Hari: Setiap hari Ahad,
Mulai: 5 Februari
Masa: 9 malam
Juri Penilai : Umie Aida, Erra Fazira, Fauziah Nawi, Que Haidar, Norish Karman, Lisdawati, Amyza Aznan, Hamzah Tahir, Nanu Baharudin, Erma Fatima dan Dr Abu Hassan
Penasihat: Erra Fazira dan Umie Aida



SINOPSIS PILIH KASIH 3 (TV2)
Pilih Kasih tampil lebih segar dengan sebuah program baru iaitu Zooom Pilih Kasih yang menjejaki semula perkembangan semasa bekas-bekas bintang Pilih Kasih dalam dua musim sebelum ini. Bersama personaliti Eisya Toh selaku pengacara, program sebanyak 12 episod ini akan mula bersiaran pada 28 Januari hingga 14 April depan, pada setiap Sabtu pukul 9 hingga 10 malam di TV2.

Sementara itu Kisah Pilih Kasih yang memaparkan diari dan aktiviti pembelajaran dan tugasan peserta akan mula disiarkan pada setiap Rabu dan Khamis bermula 25 Januari hingga 12 April depan sebanyak 24 episod. Pada kali ini, pengacara dan penyampai radio Nasional FM, Muaz Mohamed diberi kepercayaan untuk mengacarakan Kisah Pilih Kasih.

Jika pada dua musim terdahulu, Rosyam sebagai ikon Pilih Kasih mempunyai kuasa mutlak dalam memutuskan penyingkiran peserta pada setiap minggu. Namun keadaan itu sedikit berbeza pada kali ini apabila Erra Fazira dan Umie Aida turut mempunyai kuasa dalam menilai prestasi semasa peserta dan mempengaruhi keputusan Rosyam sebelum sebarang penyingkiran berlaku.

Kesemua 16 peserta Pilih Kasih ini akan mendapat bimbingan secara berterusan mengenai selok-belok dunia lakonan daripada dua bintang besar ini menerusi sesi pembelajaran pada setiap minggu. Selain itu, peserta musim juga akan mendapat tunjuk ajar daripada pengarah dan penerbit terkenal Erma Fatima yang akan membimbing dari aspek lakonan drama mingguan dan pementasan teater dan aktivis teater Hamzah Tahir pula mengawasi seni lakon kesemua 16 bintang PK secara terperinci.