SECRETS FOR SALE (NTV7)

Secrets for Sale,
MULAI: 10 Januari
HARI: setiap Isnin hingga Khamis
MASA: 10.00 malam.
EPISOD : 13 episod
PELAKON: Christopher Lee , Jesseca Liu. Thomas Ong, Lawrence Wong, Lin Mei Jiao, Zhu Houren dan Liu Yan Xi.




SINOPSIS SECRETS FOR SALE (NTV7)
Secrets for Sale bermula apabila seorang bekas anggota polis wanita kini mengambil alih tugas sebagai penyiasat persendirian. Jia Qi (Jesseca Liu) yang merupakan seorang yang jujur, suka memerhati, tegas dan berfikiran konservatif mengambil alih perniagaan agensi penyiasat milik kakak dan abang iparnya. Jia Qi mahir dalam semua bidang dan sangat efisien namun gagal dalam soal cinta dan alat berkaitan elektronik.

Kegagalannya untuk mengendalikan kamera ketika melakukan penyiasatan adalah antara sebab segala kes yang diberi gagal diselesaikan. Walaubagaimanapun, pada suatu hari dia berjumpa seorang lelaki nakal dan suka menggoda wanita namun mahir dalam bab kamera, Ren Yi (Christopher Lee) yang baru sahaja kehilangan pekerjaannya kerana menjalinkan hubungan bersama model yang sebenarnya sudah pun bersuami. Tertekan dengan masalah hutang dan kewangan, Ren Yi bersetuju untuk menjadi jurugambar setelah ditawarkan Jia Qi.

Jia Qi dan Ren Yi membenci antara satu sama lain namun tetap memerlukan kemahiran masing-masing untuk menyelesaikan setiap kes yang diberi kepada mereka. Perniagaan agensi penyiasat Jia Qi juga semakin maju kerana gabungan kemahiran analisisnya dan kepakaran Ren Yi dalam mengambil gambar.

Sementara menyiasat, Jia Qi juga cuba mencari punca kes kehilangan kakak dan abang iparnya yang menjadi misteri tatkala mereka bercuti ke luar negara bersama dua orang anak lelakinya. Bukan sahaja mereka meninggalkan masalah kewangan perniagaan mereka tetapi juga anak gadis bongsu mereka, Yi Xin dimana Jia Qi harus menjalankan tanggungjawab untuk menjaganya.

Simpati dengan nasib anak saudaranya, Ren Yi mengambil keputusan untuk menyiasat misteri kehilangan ibu bapa dan abang-abang mereka. Ketika itulah konflik mula timbul saat Jia Qi dan Ren Yi mula saling jatuh cinta kerana Jia Qi juga menemui sebuah gambar milik Ren Yi yang amat mencurigakan. Jia Qi mula mengesyaki sesuatu dan berasa pertemuan mereka selama ini, semuanya telah dirancang. Begitu juga ketika Ren Yi bersetuju menerima tawaran kerjanya.

Bermula saat itu, pelbagai konflik mula timbul dan pasangan sejoli itu kerap bertengkar yang juga menghasilkan bibit-bibit cinta dan perkara yang melucukan. Namun sejauh manakah kisah hubungan mereka? Apakah misteri di sebalik foto yang ditemui Jia Qi? Masihkah ampuh cinta mereka?