SERAPAN DARAH BULAN MADU ( DOWNLOAD)

SERAPAN DARAH BULAN MADU (ASTRO PRIMA)
Tayangan : Astro Prima
Pelakon Salina Saibi, Huda Ali dan Razali Hussien.



DOWNLOAD SERAPAN DARAH BULAN MADU
Serapan Darah Bulan Madu Episod 01 = DOWNLOAD
Serapan Darah Bulan Madu Episod 02 = DOWNLOAD
Serapan Darah Bulan Madu Episod 03 = DOWNLOAD
Serapan Darah Bulan Madu Episod 04 = DOWNLOAD
Serapan Darah Bulan Madu Episod 05 = DOWNLOAD
Serapan Darah Bulan Madu Episod 06 = DOWNLOAD
Serapan Darah Bulan Madu Episod 07 = DOWNLOAD
Serapan Darah Bulan Madu Episod 08 = DOWNLOAD
Serapan Darah Bulan Madu Episod 09 = DOWNLOAD
Serapan Darah Bulan Madu Episod 10 =
Serapan Darah Bulan Madu Episod 11 =
Serapan Darah Bulan Madu Episod 12 =
Serapan Darah Bulan Madu Episod 13 =
Kredit: jiwang



SINOPSIS SERAPAN DARAH BULAN MADU
Perhubungan suami isteri Johan dan Adura sedang di belenggu seribu masalah. Adura yang baru sahaja berhenti kerja kerana mahu menumpukan perhatian pada rumahtangga ternyata diuji oleh sifat baran Johan. Johan yang inginkan anak dari perhubungan itu amat kecewa kerana Adura disahkan tidak boleh hamil oleh pihak hospital.

Bagi mencari ketenangan, pasangan muda itu mengambil keputusan berpindah dari kesibukan bandar ke rumah sendiri, tidak begitu jauh dari kediaman mereka, terdapat sepohon pokok besar yang menyimpan seribu misteri yang hanya diketahui oleh penduduk lama di kawasan itu.

Dirumah baru itu, Adura banyak mengimbau kenangan percintaan dan kemanisan bulan madu yang dirasakan baru semalam dikecapi bersama suami tercinta. Adura juga terkenangkan cinta lalunya bersama Azlan yang begitu mengambil berat terhadap dirinya (namun percintaan mereka putus setelah Adura jatuh hati pada Johan yang berjaya memenangi cintanya ). Mona merupakan bekas teman sepejabat Adura dan juga tempatnya berkongsi masalah sebenarnya mempunyai niat jahat untuk merampas Johan. Mona sebenarnya amat meminati Johan sejak dari dahulu lagi.

Johan pula mulai sering lewat malam pulang ke rumah dan mengabaikan tanggungjawapnya sebagai suami. Kelab-kelab malam ibarat rumah pertamanya manakala rumahnya ibarat tempat pulang untuk makan, mandi, melampiaskan nafsu dan keluar semula.

Mona mula menyusun rencana dan memperkenalkan Adura pada Bomoh Kelana yang terkenal, kononnya untuk mengubati dan supaya Johan menyayangi Adura semula. Adura agak skeptik dengan perilaku Bomoh Kelana, namun atas dasar cintanya pada Johan, dituruti kemahuan dan permintaan Bomoh Kelana itu termasuk mandi bunga dan urutan minyak 'kasih' di tubuhnya. Mona pula mengabil peluang ini untuk mengambil gambar aksi-aksi Bomoh Kelana dan Adura untuk memburukkan Adura agar dia dapat memenangi hati Johan.

Pada satu ketika, Bomoh Kelana mula berani dan cuba mencabul Adura. Ini menyebabkan Adura melawan dan menghubungi pihak berkuasa. Malangnya Bomoh Kelana memeras ugut Adura dengan gambar-gambar yang telah dirakam oleh Mona. Ini membuatkan Adura terkejut dan tertekan. Mona yang kononnya tidak tahu tentang perkara itu berpura-pura menyesali tindakan Bomoh Kelana.

Di kelab malam, Mona sering mencuba untuk merapati Johan. Namun, Johan langsung tidak berminat dengan Mona walau apa cara godaaan Mona terhadapnya.Sehinggalah satu malam sewaktu Johan memandu pulang dari sebuah kelab dalan keadaan agak mabuk, tanpa di sengaja telah terlanggar seorang gadis (Soraya) dikawasan berhampiran pokok besar yang penuh misteri itu. Johan yang rasa bersalah telah membantu Soraya pulang ke rumahnya.

Di Rumah Soraya, Johan berkenalan dengan keluarganya yang terdiri dari Pak Putih dan Mak Putih yang melayannya dengan baik dan memaafkan insiden kemalangan itu. Johan agak pelik dengan suasana rumah, perkampungan dan tabiat keluarga itu yang dirasakan agak janggal dari normal. Budaya dan cara mereka berpakaian juga kelihatan agak pelik. Walaupun demikian, Johan senang hati kerana dilayan bagaikan anak sendiri oleh keluarga Soraya.

Adura yang kesepian dan dihimpit tekanan diabaikan Johan semakin bergantung pada Mona yang sentiasa bersifat mengambil berat padanya. Ayah Adura (Mustaza), bekas guru silat pula sering menghubungi dan menasihati anaknya agar tabah dalam menjalani dugaan dan mengingati Tuhan.

Johan seorang anka yatim piatu sejak kecil mula merasakan 'kebahagiaan' bersama keluarga Soraya, sering mengunjungi Soraya dan keluarganya tanpa pengetahuan Adura.

Bomoh Kelana yang masih gilakan Adura berbincang dengan Mona untuk terus memeras ugut Adura. Mona yang mengetahui hubungan Johan dengan Soraya telah meminta Bomoh Kelana menyelidik siapakah Soraya sebenarnya. Alangkah terkejut mereka berdua apabila diketahui bahawa Soraya adalah dari golongan bunian. Bomoh Kelana yang arif dengan dunia mistik telah cuba berhubung dengan Soraya dengan niat mempergunakannya untuk tujuan memisahkan Adura dan Johan