APA CELOP (1 - 13 TAMAT)

APA CELOP (TV3)
slot: Aksi TV3
Mulai: 20 Februari 2012,
HARI: setiap hari Isnin
MASA: 9.00 malam.
EPISOD: 13 episod
PELAKON: Kamal Adli, Taiyuddin Bakar, Wan Sharmila, Amanda Misbun, Ika Nabella, Azad Jasmin, Fendi Balas, Zed Zaidi, Shenthy Feliziana, Anne Abdullah, Den Wahab, Rahim Omar, Dian P.Ramlee dan Kuna.




DOWNLOAD DRAMA APA CELOP (1 - 13 TAMAT)
Apa Celop Episod 01 = DOWNLOAD
Apa Celop Episod 02 = DOWNLOAD
Apa Celop Episod 03 = DOWNLOAD
Apa Celop Episod 04 = DOWNLOAD
Apa Celop Episod 05 = DOWNLOAD
Apa Celop Episod 06 = DOWNLOAD
Apa Celop Episod 07 = DOWNLOAD
Apa Celop Episod 08 = DOWNLOAD
Apa Celop Episod 09 = DOWNLOAD
Apa Celop Episod 10 = DOWNLOAD
Apa Celop Episod 11 = DOWNLOAD
Apa Celop Episod 12 = DOWNLOAD
Apa Celop Episod 13 (TAMAT) = DOWNLOAD
Kredit: kepalabergetar. jiwang



SINOPSIS APA CELOP (TV3)
APA CELOP memaparkan pelbagai dilema dan masalah pelumba-pelumba haram yang menjalani kehidupan mereka di kota metropolitan Kuala Lumpur.Padat dengan aksi yang memukau mata, APA CELOP turut menyelitkan elemen-elemen komedi dan kisah cinta yang romantis. Mengisahkan tentang Aman (Kamal Adli) dan Sawi (Taiyuddin Bakar) bercadang untuk berlumba kali terakhir supaya memenangi duit dengan harapan mengadakan sebuah majlis perkahwinan secara besar-besaran bersama kekasih mereka, Julia (Amanda Misbun) dan Munirah (Ika Nabella). Namun, niat baik mereka sering terhalang dek pelbagai masalah yang timbul selepas itu.

Aman telah berlumba dengan Mako (Azad Jasmin), seorang Raja Rempit yang juga ketua samseng dimana seorang gadis kampung, Marsha (Wan Sharmila) dijadikan habuan kepada pemenang. Bagi menyelamatkan Marsha daripada menjadi habuan, Aman bertekad untuk menang perlumbaan tersebut. Kemenangan Aman telah mencalar maruah Mako yang tidak pernah kalah.

Aman dan Sawi terpaksa berbohong kepada Julia dan Munirah bagi menyembunyikan Marsha. Keadaan menjadi semakin rumit apabila Marsha telah hilang ingatan selepas kemalangan jalanraya yang turut melibatkan Aman. Mako juga berang dengan Aman kerana gagal menyerahkan kembali Marsha dan mengugut akan mengambil Julia sebagai pengganti.

Kebaikan Marsha telah menyebabkan Aman menganggapnya sebagai adik angkat. Sebenarnya, Marsha sangat berdendam dengan Aman yang menjadi punca kematian tunangnya di dalam satu perlumbaan haram yang lepas dan telah berpakat dengan Mako untuk memusnahkan hidup Aman. Pada waktu yang sama, Mako mempunyai perasaan terhadap adik perempuan Aman, Sofia (Shenthy Feliziana).

Hubungan Aman dan Julia serta Sawi dan Munirah dilanda konflik selepas mengetahui kehadiran Marsha. Julia mula rapat dengan seorang ahli perniagaan, Zahid (Zed Zaidi) untuk menyakitkan hati Aman. Zahid yang dibebani hutang sanggup menjual Julia. Bagi menyelamatkan Julia, akhirnya Aman bersetuju untuk berlumba dengan Mako. Satu perlumbaan yang akan menentukan nasib Aman dan Julia terletak dalam genggaman tangan Mako. Apakah yang akan berlaku seterusnya?