BANGSAL TUA (TV2)

BANGSAL TUA (TV2)
PELAKON: Dato Rahim Razali dan Fauziah Nawi Almy Nadia, Ezany Nizariff, Norseha Hameed, Dato Jalaluddin Hassan dan Rahim Kidol
TARIKH: 14 Februari ini,
MASA: 10.00 malam
SLOT: Citra



SINOPSIS BANGSAL TUA (TV2)
Ia berkongsi kisah watak Hamidi terlalu sayangkan isteri dan anaknya, Kartika. Walaupun hanya bekerja sebagai tukang sapu majlis perbandaran, namun Hamidi tetap ingin mengubah nasib keluarga. Hamidi bertekad mahu membaikpulih rumah usang yang didiami mereka sekeluarga.

Malangnya duit yang Hamidi beri kepada kontraktor, Mat Tapa, lesap begitu sahaja. Hamidi kecewa. Hamidi lebih kecewa apabila isteri kesayangannya, Zainab menyalahkannya. Lebih memilukan apabila adik Zainab membawa Zainab dan Kartika ke Kuala Lumpur.

Setiap hari Hamidi menunggu kepulangan mereka dan setiap hari Hamidi merindui mereka. Bertahun-tahun lamanya Hamidi memendam rasa rindu sehingga suatu hari Hamidi dihalau dari rumah usang yang didudukinya itu.

Rupa-rupanya, rumah itu telah dijual oleh Zainab. Hancur luluh hati Hamidi sehingga airmatanya menjadi kering sekering hatinya kini. Hamidi tinggal di bangsal tua bertemankan sepi. Pun segala itu adalah atas bantuan seorang rakan yang dahulunya pernah menganiaya dirinya.

Dan tika dia ingin menghabiskan sisa-sisa hidup di bangsal tua itulah Kartika datang mencarinya bersama seorang lelaki yang bakal menjadi suami. Kartika yang tidak pernah tahu segala perbuatan ibu terhadap bapanya memohon ampun dan maaf dan meminta agar Hamidi menjadi walinya.

Namun Hamidi terus nekad. Dia enggan menjadi wali. Hatinya terlalu sakit, hatinya terlalu luka. Namun kehadiran seorang lelaki bernama Haji baharom telah melembutkan hati Hamidi. Siapakah lelaki itu dan apakah kaitan beliau dengan Hamidi, si lelaki pasrah di Bangsal Tua itu?