CHANTEK



Chantek
Pengarah : Pierre Andre
Syarikat Penerbit : Empat Semudra Plantation Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
kategori : Filem Cereka
Genre : Cinta
Klasifikasi : U - Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 16 Februari 2012
Durasi : 90 min
Format : 35mm



SINOPSIS CHANTEK
Filem yang berkisarkan tentang CHANTEK (Nurul Ekasari), seorang gadis Aceh yang masih dibayangi peristiwa hitam tsunami yang melanda negaranya telah membawa diri ke Malaysia untuk mencari rezeki sekaligus membina kembali keyakinan dirinya. CHANTEK akhirnya ditawarkan kerja sebagai pembantu rumah kepada Ad Adi (Pierre Andre), seorang pelakon Malaysia terkenal yang membawa diri ke sebuah pulau setelah mengalami kemalangan yang mengakibatkan dirinya menjadi buta.

Plot cerita menjadi semakin lucu kerana sepanjang CHANTEK bekerja bersama Ad, dia terpaksa menyamar menjadi lelaki kerana Ad mengalami trauma terhadap perempuan kesan dipermainkan oleh tunangnya sendiri. Dari suara sehinggalah tingkah lakunya, CHANTEK terpaksa meyakinkan Ad yang dia adalah seorang lelaki.

Namun, konflik mula terjadi apabila Ad mendapat tahu pembantu rumah yang disangkanya selama ini adalah lelaki rupa-rupanya ialah seorang perempuan. Walaupun telah dihalau, CHANTEK kembali kepada Ad demi cintanya yang mula mekar terhadap Ad. Ceritanya tidak berakhir disini, penonton bakal dikejutkan dengan satu perkara yang tidak terduga oleh mereka sendiri.

Tetapi apabila CHANTEK terjumpa sebuah skrip yang mengisahkan tentang percintaan seorang lelaki dengan pembantu rumahnya, CHANTEK terasa diperbodohkan oleh AD yang mempergunakannya sebagai bahan latihan filemnya. CHANTEK benar-benar terasa dirinya ditipu dan hatinya dipermainkan dan lantas telah melarikan diri.

Selama sebulan AD tidak ketentuan arah dan tidak dapat berlakon semula kerana terkenangkan CHANTEK. Akbirnya AD terjumpa CHANTEK dan setelah dirayu dan dipujuk barulah CHANTEK menerima semula AD dan cinta berputik kembali.