THE DESCENDANT (NTV7)

THE DESCENDANT (NTV7)
MULAI: 7 Februari 2012,
HARI: setiap Isnin hingga Khamis,
MASA: 10 malam.
PELAKON: Yeo Yann Yan (Pelakon Wanita Terbaik, Golden Awards) dan Debbie Goh (Pelakon Wanita Paling Popular, Golden Awards) Steve Yap, Frederick Lee, dan Leslie Chai.



SINOPSIS THE DESCENDANT (NTV7)
Judulnya dalam bahasa Cina yang disebut sebagai “Xiang Huo” membawa erti “nyalaan colok” turut memberi konotasi kepada erti “keturunan” atau “pewaris” yang secara langsung menggambarkan drama ini dan kaitannya dengan pemikiran konservatif masyarakat Cina dalam soal darah keturunan dan warisan

The Descendant disuntik dengan elemen baru dan berbeza. Berlatarkan tahun 1920-an hingga 1960-an, siri ini mengisahkan tiga generasi pembuat colok. Berkisar mengenai industri pembuat colok, drama menarik ini akan mengetengahkan elemen kepercayaan karut, takdir, unsur feng-shui mahupun diskriminasi jantina yang sering dikaitkan dengan masyarakat Cina.