FAIRY TAIL (8TV)




FAIRY TAIL
Tarikh siaran: 14 Januari 2012
Hari: sabtu
Masa: 3.30 – 4.30 petang
Episod: 48 (SEASON 1)
Bahasa: Mandarin



SINOPSIS FAIRY TAIL (8TV)
Siri animasi fantasi ini mengisahkan pengembaraan seorang remaja 17 tahun bernama Lucy Heartfilia yang melarikan diri dari rumah. Lucy bercita-cita ingin menjadi seorang ahli sihir di sebuah tempat berprestij namun dikenali sebagai kawasan bahaya iaitu ‘FAIRY TAIL Kingdom’.

Sewaktu sibuk mengejar impian beliau, Lucy bertemu dengan seorang lelaki bernama Natsu Dragneel serta Happy iaitu seekor kucing yang pandai bercakap. Walaupun Natsu kerap jatuh sakit sepanjang pengembaraan beliau, namun Natsu bukan remaja biasa. Nafsu kemudiannya mendedahkan identity beliau sebagai Salamander iaitu seorang ahli magik naga.

Sepanjang pengembaraan Lucy, Natsu dan Happy mereka bertemu dengan Grey Fullbuster ‘Ice Wizard’ dan Erza Scarlet ‘armored female wizard’. Keempat-empat orang ini kemudian bergabung tenaga menentang kuasa jahat, Zaref yang dikenali sebagai ‘Phantom Lord’ di Fairy Land.