FIST OF DRAGON



Fist of Dragon
Pengarah : Michael Chuah
Syarikat Penerbit : Evo Pictures Sdn Bhd
Bahasa : Mandarin
kategori : Filem Cereka
Genre : Komedi, Aksi
Tarikh Tayangan : 23 Februari 2012
Durasi : 91 min
Audio : Dolby
Format : 35mm



SINOPSIS FIST OF DRAGON
Filem ini mengisahkan sebuah bandar kecil yang dikuasai oleh kongsi gelap dan samseng, dimana seorang peniaga kedai kopi, Pak cik Chen yang sering diganggu oleh samseng samseng sekitar. Pak Cik Chen yang sudah banyak dikeliling hutang meminta bantuan abangnya yang berada di kampung. Abangnya pula menghantar anaknya Jie, untuk membantu Pak Cik Chen, tetapi kemunculan Jie sebaliknya menambah beban pada Pak Cik Chen apabila Jie cuba menentang samseng-samseng sekitar dan menimbulkan pelbagai masalah pada diri Pak Cik Chen dan penduduk kampung.

Jie menurut kata ayahnya untuk membantu pakciknya yang sedang berhadapan dengan masalah kewangan. Setibanya dia daripada Asia Tenggara, Jie terasa janggal kerana perbezaan budaya. Apabila dia mengetahui bahawa pakciknya banyak berhadapan kesusahan dengan samseng tempatan, Jie membuat keputusan untuk membantu pakciknya dan cuba untuk menyingkir samseng-samseng tersebut. Walaubagaimanapun cubaan Jie menemui kesukaran apabila seringkali dihalang oleh samseng-samseng itu sehingga membuat pekan tersebut menjadi kelam-kabut. Tambahan pula anak perempuan pakciknya, Lily menyebelahi kumpulan samseng sehingga ia memberi kesan kepada hubungan mereka.