HARRY FOTOGRAFI (DOWNLOAD)





HARRY FOTOGRAFI (TV9)
SLOT: Oh! Mari Gelak! (OMG)
MULAI: 4 Februari,
HARI: setiap Sabtu dan Ahad
MASA: 7.30 malam
EPISOD: 14 episod
PELAKON: Zul Yahya, Putri Mardiana, Jehan Miskin, Sharifah Shahora dan Kumin
SUMBER: Budiey.com



DOWNLOAD HARRY FOTOGRAFI (1 - 14 TAMAT)
Harry Fotografi Episod 01 = DOWNLOAD
Harry Fotografi Episod 02 = DOWNLOAD
Harry Fotografi Episod 03 = DOWNLOAD
Harry Fotografi Episod 04 = DOWNLOAD
Harry Fotografi Episod 05 =
Harry Fotografi Episod 06 =
Harry Fotografi Episod 07 =
Harry Fotografi Episod 08 =
Harry Fotografi Episod 09 =
Harry Fotografi Episod 10 =
Harry Fotografi Episod 11 =
Harry Fotografi Episod 12 =
Harry Fotografi Episod 13 =
Harry Fotografi Episod 14 (TAMAT) =
Kredit: kepalabergetar


SINOPSIS HARRY FOTOGRAFI (TV9)
Ia mengisahkan tentang Harry (Zul Yahya) yang menjalankan bisnes fotografi bersama kakak andartunya iaitu Mary (Sharifah Shahora). Harry juga dibantu oleh D-Boy (Kumin) yang tidak tahu langsung tentang selok-belok penggambaraan dan sering menimbulkan masalah kepada Harry.

Setiap projek yang diambilnya pasti ditambah dengan seribu satu masalah dan cabaran. Memang sudah menjadi cita-cita Harry sejak kecil lagi untuk menjadi seorang jurugambar yang berjaya tetapi dapatkah dia mencapai cita-citanya dengan segala cabaran yang ada?

Bukan itu sahaja, malah Harry juga perlu melayan karenah tunangnya iaitu Arissa (Putri Mardiana) yang sangat dahagakan masa dan kasih sayang Harry. Sikap Arissa yang sentiasa inginkan perhatian Harry itu telah merumitkan lagi kerjayanya. Tiap-tiap hari ada sahaja yang menyukarkannya untuk menyiapkan projek.

Pada episod pertama, Harry mendapat projek perkahwinannya yang pertama di mana pasangan Iman (Bell Ngasri) dan Emma bertandang ke studionya untuk mengambil gambar mereka sebagai pengantin baru. Baru sahaja beberapa minit di studio tersebut, mereka sudah bertengkar bagaikan hendak runtuh bangunan! Pada masa yang sama, hari tersebut merupakan hari ulang tahun pertunangan Harry bersama Arissa. Arissa sudah begitu teruja untuk makan malam bersama Harry tetapi Harry masih belum boleh siapkan kerjanya. Bagaimana Harry mahu melengkapkan tugasnya jika Iman dan Emma tidak berhenti bergaduh?

Episod kedua pula menyaksikan Harry mendapat sebuah projek penggambaran bersama anak-anak seorang Datin berstatus tinggi… dan berhidung tinggi juga! Harry dan Mary begitu gembira kerana yakin projek ini senang dilakukan dan mudah mendapat bayaran yang tinggi. Rupa-rupanya “anak-anak” Datin tersebut adalah kucing-kucing belaannya. Harry dan Mary mula gelisah kerana kedua-dua mereka alah kepada kucing! Perlukah mereka membatalkan projek ini?

Berjayakah Harry menjadi seseorang yang disegani dalam industri fotografi? Lihat keletah Harry dan orang sekelilingnya dalam drama terbaru “Harry Fotografi” di bawah Fuze Productions diterbitkan oleh Azizi “Chunk” mulai 4 Februari ini pada hari Sabtu & Ahad jam 7.30 malam.