MAQAM (TV AL HIJRAH)



MAQAM (TV AL HIJRAH)
MASA: 8.30 malam
HARI: setiap Selasa, Rabu dan Khamis
EPISOD: 12 episod
PELAKON: Razali Hussain (Ahmad Izhar), Lisdawati (Jannah), Datuk Rahim Razali (Sheikh Hashim), Zed Zaidi (Nik Ahmad Kamal) dan Lydiawati (Ustazah Jalilah)



SINOPSIS MAQAM (TV AL HIJRAH)

Maqam menceritakan Ahmad Izhar, seorang wartawan berpengaruh di ibu kota memikul amanah ayahnya, Haji Hassan yang meminta dia berkelana ke Kedah.

Ia bagi memenuhi cita-cita ayahnya untuk mencari lokasi makam Syeikh Abdul Samad Al Palembani. Penemuan lokasi makam itu sangat penting untuk menyiapkan kisah ditulis ayahnya dalam sebuah buku sejak sekian lama. Kembara ke Kedah, menemukan Izhar dengan Sheikh Hashim.

Menumpang teduh di pondok Sheikh Hashim, Izhar memulakan pencariannya. Apapun, iras rupa Izhar dan minatnya terhadap Sheikh Abdul Samad Al Palembani mengingatkan Sheikh Hashim pada memori silamnya berkaitan seorang pemuda yang menetap di pondoknya kira-kira 40 tahun lalu.

Bagaimanapun, pemuda itu tiba-tiba hilang secara misteri. Memahami niat murni Izhar, ia membuatkan Sheikh Hashim menyuruh isteri keempatnya, Jannah membantu. Jannah yang masih muda jelita, seorang yang bijak dan memiliki ijazah Sarjana Muda di Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Setiap hari, Jannah meluangkan masa membantu Izhar menemui petunjuk dicarinya hingga mereka menjadi rapat.

Tanpa disedari, Izhar juga akhirnya jatuh hati kepada Jannah walaupun mengetahui cintanya itu terlarang. Begitu juga Jannah, turut merasakan perasaan sama. Namun, demi ketaatan pada suaminya, Jannah berusaha menolak perasaan serta mengawal nafsunya daripada godaan Izhar.

Mampukah Jannah menafikan perasaan kasihnya itu? Antara cita-cita dan cinta, apakah yang akan dilakukan Izhar untuk memastikan kedua-dua impian itu menjadi miliknya? Mengapa tiada peluang kedua untuk Izhar membuktikan kasihnya terhadap wanita cantik dan bijak seperti Jannah?

Apapun, wujud juga persoalan dalam jati Izhar yang mana dia berasa pelik dan ingin tahu bagaimana Jannah yang muda, cantik dan pintar itu sanggup berkahwin dengan lelaki tua seperti Sheikh Hashim? Apakah ada juga rahsia tersembunyi di sebaliknya yang harus diselidik untuk kepastian?