NAHI MUNGKAR (TV1)

NAHI MUNGKAR (TV1)
TARIKH: 4 Februari 2012
HARI: Sabtu,
MASA: 3.05 petang
PELAKON:Zamarul Hisham dan Watie Sadali selain Fizz Fairuzz, Kismah Johar, Hisham Ahmad Tajuddin, Shera Hazali dan Addy Ashraff



SINOPSIS NAHI MUNGKAR (TV1)
khas sempena Maulidur Rasul di TV1.Ia mengisahkan Shauki yang sering dipandang rendah oleh ibu mertuanya, Mak Jam dan Syafiq adik iparnya yang merendahkan Shauki kerana miskin berbanding dengan anak menantunya yang lain. Meskipun berdepan pelbagai dugaan, Shauki tetap tenang dan sabar dalam menghadapi penghinaan daripada keluarga mertuanya.

Shauki mempunyai keperibadian yang baik serta mulia kerana kesungguhannya bekerja. Dia bekerja membersihkan kebun dan menernak kambing milik Haji Musa untuk menyara keluarganya. Disebabkan kesungguhan Shauki mengusahakan kebun Haji Musa, dia diberikan kepercayaan untuk mengambil alih sementara kebun tersebut kerana Haji dan isterinya mahu ke luar negara atas urusan keluarga.

Sementara itu dalam diam Baha kawan baik Shauki mempunyai niat jahat terhadapnya setelah cintanya oleh Suraya kini telah menjadi isteri Shauki. Baha berdendam kepada Shauki dan cuba untuk menjatuhkan Shauki dengan berpura-pura memberi sokongan kepada Shauki tetapi mempunyai niat untuk menjatuhkannya.

Sementara itu, Shauki yang menguruskan kebun Tuan Haji Musa mendapatkan keuntungan yang memuaskan dengan terjualnya kambing-kambing dalam kuantiti yang banyak serta hasil kebun yang diusahakan oleh Shauki membuahkan hasil yang berlipat kali ganda. Tuan Haji Musa yang berpuas hati dengan keputusan membiarkan Shauki mengambil alih secara sementara kebunnya ketika dia berada di luar negara.

Shauki yang pada mulanya amanah dengan kerjanya mula termakan hasutan Baha menipu tentang rekod jualan serta membolot semua keuntungan yang diperolehi. Shauki mula lupa diri. Dia bertambah gembira apabila Haji Musa mengambil keputusan untuk tinggal lagi 2 tahun lagi di luar negara. Suhana yang menyedari perubahan sikap Shauki menegurnya tetapi Shauki menempelaknya dengan angkuh. Suhana kemudian berjumpa dengan Pak Imam Taib untuk meminta nasihat. Sementara itu, ibu mertua Shauki yang dulu merendahkannya kini menyayangi Shauki sebagai anak menantu setelah melihat perubahan taraf hidup mereka semakin mewah.

Sementara itu, Haji Musa yang selesai menghabiskan masa 2 tahun di luar negara terkejut dengan perbuatan Shauki. Perang mulut berlaku menyebabkan Haji Musa menerima diserang sakit jantung dan meninggal dunia. Isteri Haji Musa tidak memaafkan Shauki kerana peristiwa itu. Shauki tetap tidak insaf malah menjadi semakin teruk.

Tapi tidak semua boleh terlepas dari balasan Allah di dunia ini. Shauki terpaksa menghadapi segala macam dugaan dengan anak-anaknya yang menjadi semakin tidak terkawal. Nabil, anak sulungnya suka berpeleseran manakala anak perempuannya Nabila pula sering ponteng sekolah.

Kemuncaknya Baha bertindak melarikan diri dengan sejumlah wang yang banyak hasil usahasama mereka berdua. Shauki meminta pertolongan daripada Mak Jam tetapi permintaannya itu ditolak dengan hina oleh Mak Jam. Shauki mula hilang punca. Dia yang dahulunya kaya kini jatuh miskin.

Apakah kemungkinan yang akan berlaku kepada Shauki? Adakah dia beroleh balasan atau pengampunan? Bagaimana pula dengan keluarga mertuanya, adakah Mak Jam akan terus membencinya atau sebaliknya akan berlaku?