TANAH KUBUR 3 (ASTRO OASIS)

TANAH KUBUR 3 (ASTRO OASIS)
HARI: setiap hari Jumaat,
MASA:7.30 malam
MULAI: 24 Februari 2012



SINOPSIS TANAH KUBUR 3 (ASTRO OASIS)
Tanah Kubur musim ketiga yang akan bersiaran selama 13 episod ini masih menceritakan pengalaman seorang pengali kubur dan mengekalkan Nasir Bilal Khan yang memegang watak utama sebagai Tok Adi melalui peristiwa-peristiwa aneh yang dilalui oleh seorang pengali kubur ketika menguruskan jenazah yang pasti menyentuh hati serta mampu membuka minda pelbagai lapisan penonton. Drama bersiri ini juga menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Talha Harith dan pelakon Hamidah Wahab serta Jimmy Shanley dan Shafiq Kyle yang baru diperkenalkan dalam musim ketiga ini

Pelbagai peristiwa aneh tentang kematian secara sinis ditujukan kepada permasalahan yang sedang berlaku di kalangan masyarakat hari ini. Antara isu-isu yang akan diketengahkan kali ini adalah susuk kuat sembahyang, biadap kepada kitab suci Al-Quran, mempersiakan anak yatim, berguru dengan buku, menipu dalam perniagaan, lelaki memakai aksesori emas, bermain nombor ekor, kehidupan gigolo, masalah pembahagian harta pusaka, mengutuk ulama dan isu murtad.