TEEN WOLF (TV9)



TEENWOLF (TV9)
MULAI: 21 Februari,
HARI: setiap Selasa,
MASA: 10.30 malam.
LAKONAN: Tyler Posey, Dylan O’Brien, Tyler Hoechlin, Crystal Reed, Colton Haynes dan Holland



SINOPSIS TEENWOLF (TV9)
Teen WolF mengisahkan Scott McCall yang pada mulanya bukan pelajar terkenal di sekolah itu inginkan perhatian daripada pelajar lain. Konflik bermula apabila rakan baiknya, Stiles memujuk Scott masuk ke dalam hutan mengekori pihak polis yang menjalankan siasatan mengenai kes bunuh.

Scott terserempak dengan satu lembaga yang menakutkan. Dia berusaha untuk menyelamatkan diri, malangnya lembaga itu telah berjaya menggigitnya. Keesokannya, sesuatu yang aneh terjadi di sekolah. Sejak dari hari itu kehidupannya tidak sama seperti sebelum ini.

Mempunyai kuasa luar biasa iaitu tindak balas seperti serigala, Scott mampu mendengar, melihat dan bergerak pantas pada tahap yang sangat menakjubkan.Scott mula menjalin hubungan dengan gadis yang popular di sekolah, Lydia tetapi akhirnya jatuh cinta dengan pelajar baru, Allison Argent.


Keadaan bertambah rumit apabila Scott terpaksa menahan naluri serigalanya dan sering bertengkar dengan serigala jadian yang lain. Dia juga menghadapi masalah kerana terpaksa berdepan dengan kumpulan pemburu yang ingin menghapuskan serigala jadian. Masalah bertambah apabila Scott mengetahui ketua kumpulan pemburu itu ialah ayah kepada teman wanitanya.

Drama bersiri itu diterajui Tyler Posey sebagai Scott McCall. Dylan pula membawa watak Stiles iaitu rakan baik kepada Tyler. Watak Allison Argent sebagai pelajar yang berpindah ke sekolah di pekan itu dipegang Crystal Reed manakala watak Lydia dilakonkan Holland Roden.

Colton Haynes pula memegang watak sebagai Jackson Whitemore, teman lelaki Lydia. Derek Hale lakonan Tyler Hoechlin pula adalah watak yang bertanggungjawab menjadi mentor kepada Scott.