TOP CHEF JUST DESSERTS (NTV7)




Top Chef Just Desserts
HARI: Sabtu
MASA: 8.30 malam
EPISOD: 10 episod



TOP CHEF JUST DESSERTS (NTV7)
Penuh dengan resepi dan kisah menarik, rancangan realiti sepanjang 10 episod ini memerlukan 12 orang pesertanya melalui dua buah cabaran iaitu ujian ‘Quickfire’ dan pusingan penyingkiran Dalam ujian yang diberikan, para peserta bakal diuji dalam asas masakan dan kemudiannya kreativiti dan hasil manisan mereka bakal menjadi penentu dalam pusingan penyingkiran. Apa yang menariknya ialah mereka juga terpaksa menggunakan ramuan pelik, eksotik dan adakalanya terpaksa bekerja sebagai penyedia makanan dalam sebuah acara sebenar.

Top Chef Just Desserts akan dihoskan si jelita Gail Simmons yang juga pakar kulinari dan seorang penulis berkaitan makanan yang turut dibantu oleh oleh barisan juri pakar. Dalam mencari juara chef dalam cabaran realiti ini, Johnny luzzini, seorang ketua chef pastri di restoran terkemuka Jean-Georges, Hubert Keller yang merupakan pemilik restoran dan finalis bagi Top Chef Masters dan Dannielle Kyrillos, editor di DailyCandy bakal mengadili segala usaha peserta sama ada layak atau tidak. Berlatarbelakangkan bidang masakan dan kepakaran merasa, ternyata para jurinya tidak akan memberi laluan mudah buat mereka.

Dalam setiap episod, para pesertanya akan berhadapan dengan pelbagai cabaran yang diberikan antaranya menghasilkan pencuci mulut untuk mendapatkan dana buat kelab ‘glee’, menghasilkan ciptaan fesyen yang boleh dimakan untuk minggu fesyen di Los Angeles, serta perlu menghasilkan hidangan mengikut tema yang telah ditetapkan juri.

Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai ‘top chef’? Tonton Top Chef Just Desserts yang bersiaran sejak awal Februari ini setiap hari Sabtu jam 8.30 malam hanya di Saluran Ceria Anda, ntv7. Nantikan resepi-resepi hidangan pencuci mulut yang pastinya membuka selera, memberi inspirasi dan penuh dengan aksi drama.