HARUSKAH ADA RINDU (TV2)

HARUSKAH ADA RINDU (TV2)
TARIKH: 20 Mac 2012,
MASA: 10.00 malam
PELAKON: : Fara Fauzana, Bell Ngasri, Mislina Mustaffa, Rosli Rahman dan Mahmud Ali Bashah



SINOPSIS HARUSKAH ADA RINDU (TV2)
kisah Susana, anak kepada pasangan Mansor dan isterinya Rohaya, usahawan yang sedang meningkat dalam perniagaannya. Susana merupakan pelajar tahun akhir di universiti menjalankan hubungan istimewa dengan Malik, satu-satunya kaum peribumi (Asli) yang berjaya menduduki pusat pengajian tinggi. Malik menjadi idola kanak-kanak dan menjadi harapan ke segenap masyarakat kampungnya ,Malik menjadi pelopor kejayaan bagi yang lain.

Susana disindir dan diejek oleh teman-teman seuniversiti dengannya. Ada juga di antara mereka menyangka Susana sudah terkena ubat guna-guna Malik. Keberkesanan ubat sihir yang begitu sinonim dengan kaum Orang Asli. Tetapi cinta yang kebal, mengampuhkan segala tomahan.

Ibu bapa Malik, Hussin dan ibunya Timah, minoriti Asli yang sudah lama menganut Islam begitu khuatir cinta yang terpaut akan terhalang kerana status dan harga diri kaum peribumi yang sering kali dipandang rendah oleh segenap pelusuk masyarakat. Sebelum diri dan masyarakatnya terhina Hussin dengan Timah, merancang mengahwinkan Malik dengan Ipah, anak kepada Epok. Besarlah harapan Epok untuk menerima menantu yang hebat.

Tetapi Ipah begitu hampa. Tidak sanggup berpisah dengan kekasih hatinya, Acuk. Dalam ura-ura itu membuatkan Ipah dengan Acuk sering saja bertelagah hingga membangkitkan perasaan benci terhadap Malik dengan Susana. Tanggapan ibu bapanya seolah sebuah kebenaran buat Malik apabila beliau terasa terhina ketika ibu bapa Susana begitu terkejut dan meminta antara mereka memikirkan soal perkahwinan mereka semasak-masaknya.

Malik kesal kerana menyangkal tanggapan ibu bapanya dan dengan akurnya Malik sudi menerima Ipah. Semenjak itu, Malik tidak lagi berhubung dengan Susana dan tidak sudi menerima kunjungan Susana.Tindakan Malik itu membuatkan Susana begitu hiba dan hilang semangat dalam kehidupan. Begitu juga dengan diri Malik yang terpaksa berpura-pura bahagia, melayani perasaan rindunya terhadap Susana.

Di ambang perkahwinan Ipah dengan Malik membuatkan Acuk tidak keruan. Acuk bersedia merampas kembali Ipah dari Malik walaupun terpaksa bermandikan darah. Malik begitu terkejut kerana tidak tahu kisah cinta mereka, membuat keputusan membatalkan perkahwinannya. Bersenjatakan parang dia mengugut Malik memulangkan Ipahnya.Malik yang tidak tahu menahu hubungan acuk dan Ipah, hampir ditetak Acuk.

Mujur Ipah muncul pada saat genting dan meleraikan keduanya. Malik memarahi Ipah kerana merahsiakan hubungannya dengan Acuk. Tahu betapa peritnya tidak dapat bersama dengan orang yang disayangi, Malik amat memahami perasaan keduanya. Dia menasihati Ipah agar kekal bersama Acuk. Demi kebahagian Ipah, Malik sedar dia perlu mengundurkan diri. Acuk bertemu keluarga Ipah dan menyatakan hasrat melamar Ipah.

Kesungguhan Acuk akhirnya membuahkan hasil apabila keluarga Ipah menerimanya. Ipah akhirnya bahagia bersama Acuk. Malik hakikatnya masih tidak dapat melupakan Susana, gadis yang amat dicintainya.