PROSA CINTA EMBUN (TVi)

PROSA CINTA EMBUN (TVi)
PELAKON: Zoey Rahman, Faralyna Idris, Shenthy Feliziana, Eric Fuzi dan Nad Zainal.
EPISOD: 13 episod
MULAI: 11 Mei 2012,
HARI: setiap Jumaat,
MASA: 9.00 malam



SINOPSIS PROSA CINTA EMBUN
berkongsi kisah apabila pembentangan tugasan tentang budaya dan tradisi kaum Dayak ditertawakan oleh teman sekuliah dan pensyarahnya, empat sekawan, Azlan, Ben, Ally dan Dawn memutuskan pergi sendiri ke kawasan pendalaman – Kg. Sg. Dayak di Sarawak.

Sejak perjalanan sampai ke kampung itu, Azlan bermimpikan gadis bernama Embun yang merupakan anak kepada Tuai Rumah, Pak Sampit. Sebaik tiba di sana Azlan bertelagah dengan Ben kerana mereka masing-masing menyukai Embun.

Lalu Pak Sampit memberikan 3 syarat untuk dipatuhi oleh kedua-duanya. Mereka mesti melepasi ujian kemahiran dalam 3 perkara iaitu berburu, menangkap ikan dan minda mesti kuat. Pak Sampit mengajar mereka dengan bersungguh-sungguh. Mereka juga tekun menerima ilmu daripada Pak Sampit.

Muncul watak Mat Juih, seorang penduduk kampung yang hidup senang dan moden setelah pulang dari merantau. Mat Juih terpikat dengan Embun dan bersemuka dengan Pak Sampit memberitahu hajatnya untuk meminang Embun tetapi Pak Sampit menolaknya dengan lembut.

Mat Juih tidak puas hati dengan penolakan Pak Sampit lalu cuba menggunakan ilmu sihir mengenakan Pak Sampit. Pak Sampit jatuh sakit dan dia mula hilang ingatan sehinggakan Azlan dan Ben pun sudah tidak dikenalinya lagi.

Ketika itu hanya seorang pawang yang tinggal nun jauh di tengah hutan bernama Tok Tok yang mampu mengubat santau dan racun dalam tubuh Pak Sampit yang terlalu kuat. Azlan dan Ben melarang Embun yang berkeras mahu ke hutan mencari penawar ayahnya. Lalu mereka pun masuk ke hutan. Pelbagai dugaan dihadapi mereka hingga mengakibatkan mereka putus asa.

Sementara itu Mat Juih semakin berleluasa menambah pengaruhnya mengajak penduduk kampung menjual tanah mereka. Akhirnya mereka putus asa kerana Azlan dan Ben masih tidak kunjung tiba membawa penawar buat Pak Sampit yang tinggal ‘nyawa-nyawa ikan’.

Pada saat genting itulah Tok Tok muncul menyelamatkan keadaan. Namun mampukah mereka mencari penawar seperti yang diperlukan? Siapa pula yang menjadi pilihan Embun untuk dijadikan teman hidup?

Saksikan kesudahannya hanya di TVi (Saluran 180 Astro).