THE SECRET CIRCLE (TV8)

THE SECRET CIRCLE (TV8)
Tarikh siaran: 6 Mac 2012
Hari: Selasa
Masa: 9.30 malam
Durasi: 60mins
Episod: 22



SINOPSIS THE SECRET CIRCLE (TV8)
drama ini berkisarkan tentang seorang remaja perempuan yang menyedari bahawa beliau merupakan ahli sihir dan mempunyai perjanjian rahsia sebagai kunci untuk membuka pertempuran lama antara kuasa baik menentang kuasa jahat.

Seawal umur 16 tahun, kehidupan Cassie Blake mula berubah apabila ibu beliau mati kerana kebakaran misteri. Cassie kemudiannya tinggal bersama nenek beliau bernama Jane di sebuah pekan kecil di Chance Harbor, Washington.

Cassie cuba menyesuaikan diri di tempat baru dan berkawan baik dengan seorang gadis manis bernama Diana Meade. Diana membawa Cassie berkenalan dengan Faye, Melissa dan Nick yang dikenali sebagai kumpulan ‘popular’. Keadaan menjadi rumit apabila Cassie bertemu dengan Adam; teman lelaki Diana. Cassie merasakan sesuatu perasaan yang aneh ketika bersama Adam.

Cassie kemudiannya bertemu dengan pengetua sekolah Puan Dawn Chamberlain yang merupakan ibu kepada Diana. Puan Dawn merupakan teman ibunya sewaktu kecil, namun yang menjadi misteri kepada Cassie kerana ibunya tidak pernah menyebut atau bercerita mengenai kehidupannya di Chance Harbour iaitu tempat ibunya dilahirkan selama ini.

Tidak lama kemudiannya pelbagai perkara pelik dan bahaya berlaku apabila teman-teman Cassie mengaku bahawa mereka semua merupakan ahli sihir dan kedatangan Cassie telah melengkapkan ‘Circle’ mereka.

Walaupun Cassie masih teragak-agak namun beliau bersemangat untuk berpegang dengan takdir baru beliau dan menjadi ahli terakhir sekaligus sebagai pelengkap dalam ‘Circle’. Berhadapan dengan tekanan sebagai seorang remaja dan pada yang sama perlu menyesuaikan diri dan mempelajari ilmu sebagai ahli sihir bukanlah sesuatu yang mudah bagi Cassie. Saksikan perjalanan hidup Cassie dalam THE SECRET CIRCLE untuk membongkar legasi keluarga beliau.