BOLT (TV2)

BOLT (TV2)
TARIKH: 29 Jun 2012
HARI: Jumaat
MASA: 10.00 malam
PELAKON: John Travolta (Bolt) dan Miley Cyrus (Penny) selain Susie Essman (Mittens), Mark Walton (Rhino) dan Malcolm McDowell (Dr. Calico),



SINOPSIS BOLT (TV2)
mengangkat kisah seorang wanita bernama Penny dan anjing peliharaannya, Bolt sama-sama membintangi rancangan televisyen “Bolt” di mana Bolt kononnya ada kuasa untuk mengalahkan musuhnya, Dr. Calico. Oleh kerana Bolt hidup dalam dunia perfileman, dan percaya bahawa dia memiliki kuasa seperti yang dilakonkannya, maka dia tidak tahu macamana mahu hidup seperti anjing sebenar.

Setelah selesai menjalankan satu episod drama, Bolt percaya bahawa Penny diculik lantas meninggalkan set dramanya. Namun, Bolt tersilap apabila dia termasuk ke dalam kotak yang berisi Styrofoam dan dibawa ke dalam lori ke New York, 5000 kilometer jauh dari Hollywood, Los Angeles.

Setibanya di sana, Bolt bertemu Mittens, seekor kucing hitam bermata hijau. Oleh kerana Mittens bermata hijau dan kononnya dialah kucing kepada Dr Calico, maka Bolt meminta tolongnya untuk pulang ke Hollywood. Mereka pun memulakan perjalanan mereka merentasi Amerika Syarikat. Sedang di Hollywood, Penny sedih kerana ditinggalkan oleh Bolt. Namun pengarah drama itu menggantikan Bolt dengan yang serupa dengannya. Sepanjang perjalanan Bolt mendapati salakan terkuatnya tidak berfungsi.

Oleh kerana Bolt merasa lapar secara tiba-tiba, maka Bolt mencari makanan bersama Mittens yang banyak membantunya. Sampainya mereka di tapak perkhemahan, mereka menemui sahabat baru, Rhino (seekor hamster). Seterusnya, ketiga-tiga ekor bersahabat itu meneruskan perjalanannya. Mittens memberitahu bahawa salakan terkuat itu tidak benar, namun perbualannya terhenti apabila mereka berhenti di Pusat Kawalan Haiwan. Lantas Mittens dan Rhino ditangkap. Bolt cuba menyelamatkan Mittens, begitu juga dengan Rhino. Akibatnya, sebuah tong oksigen meletup, namun mereka selamat.

Mereka meneruskan perjalanan menyusuri negara Amerika Syarikat dan belajar kehidupan sebenar anjing. Namun, Mittens mahu berhenti hingga Las Vegas, Nevada (500km dari Hollywood). Mittens memberitahu Bolt bahawa kehidupannya dan cintanya dengan Penny itu tidak benar, namun Bolt mahu juga meneruskan perjalanannya 500km lagi. Mittens sedih, tapi Mittens masih mencari tempat berteduh untuk Bolt. Tapi, Bolt tidak mahu dan meneruskannya sendirian. Rhino pula memujuk Mittens dan mereka menyambung perjalanannya.

Akhirnya, Bolt kembali ke studio Sovereign Entertainment di Hollywood. Namun, Bolt sedih kerana wujud anjing lain berlakon di samping Penny. Namun, semasa lakonan Penny, anjing seakan Bolt takut dan menjatuhkan bara api yang mengakibatkan kebakaran. Apabila kebakaran, mereka masuk ke dalam studio. Bolt bertemu semula Penny dan menyelamatkan diri mereka. Apabila Bolt mengeluarkan salakan terkuat, mereka terselamat.

Adakah Bolt akan terus berada di samping Penny atau pun dia memilih menjalani kehidupan baru sebagai kucing biasa bersama teman-teman barunya Mittens dan Rhino? Saksikan kesudahan filem ini hanya di TV2.