THE BRIDE WITH WHITE HAIR (TV2)



THE BRIDE WITH WHITE HAIR (TV2)
SLOT: Golden Dragon
HARI: Khamis,
MASA: 10.00 malam
TARIKH: 14 Jun 2012
PELAKON: Sunny Chan, Joey Meng, Christy Chung, Brigette Lin dan Leslie Cheung, Briggette Lin dan Leslie Cheung



SINOPSIS THE BRIDE WITH WHITE HAIR (TV2)
berkongsi kisah Zhuo Yi-Hang seorang pendekar pedang yang mula bosan dengan cara hidupnya. Dia adalah individu yang begitu diyakini untuk menggantikan tuannya, Tzu Yang sebagai pemimpin dalam puak mereka. Pertemuannya dengan gadis cantik bernama Lien yang juga seorang pendekar telah berjaya merubah segalanya.

Lien sebenarnya adalah pembunuh upahan bagi puak yang menjadi musuh ketat kepada puak Yi-Hang. Puak yang disertai oleh Lien diketuai oleh ahli sihir kembar yang jahat dikenali sebagai Ji Wushuang.

Kedua-duanya menjalinkan hubungan cinta dan berjanji untuk setia selamanya. Begitu pun pada masa yang sama Ji Wushuang turut menyukai Lien dan Lien telah dihantar untuk menjadi pengintip puak Yi-Hang.

Apabila puak Yi-Hang diserang, dia mula tidak mempercayai kekasihnya, Lien. Dia beranggapan Lien bertanggungjawab membunuh tuannya dan ketika itulah timbul rasa menyesal kerana menjalin hubungan dengan Lien.