FRESHMAN FATHER (TV2)

FRESHMAN FATHER (TV2)
SLOT: Saturday Matinee
TARIKH: 16 Jun 2013,
MASA: 2.00 petang di TV2



SINOPSIS FRESHMAN FATHER (TV2)
Dirinya masih remaja dan seorang pelajar namun pada usia 18 tahun, John juga telah menggalas tanggungjawab sebagai seorang bapa. Apatahlagi dia hanya bersendirian menjaga anaknya setelah teman wanitanya yang masih muda tertekan dan meninggalkannya.

Motivasi mahu menjadi seorang pelajar yang berjaya dalam pengajian sekaligus membesarkan anaknya penuh perhatian dan kasih sayang membuatkan John nekad dan berusaha gigih mencapai cita-cita dan matlamatnya itu.

Filem ini berdasarkan kisah benar berlaku sekitar tahun 1970 pada diri John Wand, remaja berusia 18 tahun yang baru diterima memasuki Harvard apabila satu hari dia mendapat tahu teman wanitanya sewaktu di sekolah tinggi telah mengandungkan anaknya.

Kisah sebenar ini lalu diangkat dalam versi filem yang mengetengahkan watak John dilakonkan oleh Drew Seeley) dan Kathy (Britt Irvin) yang telah dinobatkan sebagai raja dan ratu pada satu majlis. John kemudiannya mendapat biasiswa penuh melanjutkan pengajian muzik ke Harvard dan menetap di Bandar Lowa. Ibu bapa mereka tidak mempunyai wang yang banyak tetapi kedua-dua remaja itu sendiri mempunyai masa depan yang cerah.

Kemudiannya sebelum musim panas berakhir, Kathy mengumumkan bahawa dia mengandung. Tanpa mempertimbangkan keputusan yang diambil, mereka terus berkahwin. Kathy bersama John Harvard berpindah ke perumahan kelamin bagi pelajar yang menuntut di situ. John menggalas tanggungjawab sebagai pelajar dan bekerja sambilan di kedai buku untuk menanggung keluarganya. Manakala Kathy pula diterima kerja sebagai juruwang bank. Kehidupan mereka ketika itu begitu sukar.

Sementara pelajar lain berpesta, John dan Kathy pula sibuk di rumah menguruskan bayi mereka yang telah lahir yang diberi nama Adam yang setiap hari berterusan menangis. Sementara itu John mendapat gred D iaitu gred yang cukup diimpikan semua pelajar. Tetapi pensyarahnya menasihatkan John menggugurkan subjek utamanya.

Sementara itu, Kathy berdepan tekanan sebagai ibu muda yang kehidupan sehariannya terperap di rumah melayan bayinya yang menangis. Walaupun John begitu menyintai isteri dan anaknya, Kathy pula tewas pada tekanan dihadapinya dan mahu pulang ke lowa. Meninggalkan John.

Situasi itu membuatkan John tidak lagi layak tinggal di rumah kelamin yang hanya layak diduduki pelajar berkahwin. John kemudiannya menyewa bilik di rumah seorang pakar psikologi, Dorothy yang banyak memberikannya sokongan dalam menyeimbangkan antara tanggungjawab sebagai seorang bapa dan juga pelajar.

Satu hari bayinya telah demam panas. John yang tidak memiliki kenderaan segera membalut bayinya dalam selimut dan berjalan dalam hujan pergi ke kedai ubat. Mujur bayinya dapat diselamatkan. John menguruskan dan menjaga anaknya sendirian selama empat tahun hingga akhirnya dia berjaya menamatkan pengajian dengan kepujian.