GINCU AYAH (TV1)

GINCU AYAH (TV1)
TARIKH: 15 Jun 2012,
MASA: 10.30 pagi
PELAKON: Amran Ismail, Abu Bakar Omar, Kenji Sawahi, Rosnah Mat Aris dan Aida Aris.



SINOPSIS GINCU AYAH (TV1)
mengisahkan Mustaffa, seorang lelaki lembut yang menyara kehidupan keluarganya sebagai Mak Andam. Kematian isterinya sejak 18 tahun yang lalu membuatkannya gigih membesarkan anak-anak sendirian. Namun dia terpaksa berdepan dengan kerenah anak-anak yang tidak dapat menerima hakikat ayah mereka sebagai lelaki lembut dan menjadi bualan masyarakat sekeliling.

Meskipun kadangkala dia terasa hati dengan kata-kata dan sindiran anak-anaknya, Mustaffa bagaimanapun bangga dengan perwatakan dan pekerjaannya itu dia berjaya membesarkan dan memberi pelajaran kepada dua anak-anak sehingga ke universiti.