HAPUSLAH AIR MATAMU (TV2)

HAPUSLAH AIR MATAMU
Pelakon: Datuk Sharifah Aini dan Broery Marantika
TARIKH: 29 Jun 2012,
MASA: 2.30 petang.



SINOPSIS HAPUSLAH AIR MATAMU (TV2)
Filem ini mengisahkan seorang penyanyi yang berasal dari kampung, Aini (Sharifah Aini) lupa daratan setelah terkenal sebagai artis rakaman. Aini seorang gadis kampung yang bersopan santun serta berbudi tinggi.

Atas galakan Adi (Latiff Ibrahim), kekasihnya yang sedang menuntut di universiti dia berjaya menjadi seorang penyanyi yang diminati ramai. Adi begitu menyokong cita-cita Aini dan sering membantunya dalam segala hal.

Sementara itu pengurus syarikat piring hitamnya memberi peluang Aini untuk berpadu suara dengan penyanyi terkenal Indonesia, Broery (Broery Marantika). Tanpa diduga, lagu yang menggabungkan mereka diterima ramai baik di Malaysia mahu pun di Indonesia. Sejak itulah bermula titik kejayaan dalam kerjayanya sebagai penyanyi yang menyebabkan namanya semakin terkenal dan menjadi rebutan syarikat piring hitam.

Ketika itu juga kelab-kelab malam telah menawarkannya membuat persembahan dengan bayaran yang tinggi. Semasa Aini dengan Broery di Indonesia, dia berubah menjadi angkuh dan sombong. Aini merasakan dirinya hebat dan hanya layak di damping oleh orang-orang kaya dan terkenal. Kemuncaknya dia melupai janji-janjinya yang lalu terutama kepada ibu dan kekasihnya.

Lebih menyedihkan apabila ibunya pergi ke kelab untuk menemuinya, dia memarahi serta menghina ibunya menyebabkan ibunya merajuk lalu jatuh sakit. Justeru masih adakah ruang buat Aini kembali ke pangkal jalan?

Imbas kembali drama menarik menyayat hati ini hanya di TV2.