KEMBAR PAPA (TV2)

KEMBAR PAPA (TV2)
SLOT : Kasih
TARIKH:16 Jun 2012,
MASA: 10.00 pagi di TV2.
PELAKON: Fizo Omar dan Keifli, Puteri Sarah, Norish Karman, Nasir Bilal Khan dan Faezah Elai



SINOPSIS KEMBAR PAPA (TV2)

Babak menarik berlaku dalam diri dua orang pemuda, Ash dan Akif yang masing-masing memiliki kelebihan yang tersendiri bersaing sesama mereka. Sikap Akif selalu tunjuk pandai dalam semua perkara demi menarik tumpuan gadis dan pensyarah. Manakala Ash pula menggunakan kelebihan yang ada menarik golongan wanita dengan memberikan nasihat percuma tip bagaimana mahu menjaga badan, jaga makan dan jaga personaliti. Kedua-duanya digilai golongan wanita cantik.

Sengketa antara keduanya semakin memuncak apabila kekasih Ash, Tiara mula mendekati Akif. Dengan bantuan Ash, Tiara berjaya menurunkan berat badannya dan kelihatan cantik di mata lelaki. Ketika itu Akif pula ‘masuk daun’ cuba menggoda Tiara hingga gadis itu cair dengan pujukannya.

Keduanya bergaduh besar sejak kejadian itu. Tiara menyalahkan Ash kerana terasa dirinya dikongkong selama ini hingga akibatnya hubungan mereka putus. Sebenarnya Tiara mahu mempergunakan Akif yang bijak dalam pelajaran setelah berjaya mendapatkan berat badan yang ideal secara percuma bila dia bersama Ash.

Konflik berlaku apabila kematian Riyana, ibu kepada Ash setelah terlibat dalam kemalangan dan terlantar beberapa hari di hospital. Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Riyana berpesan supaya Ash tinggal dengan bapa dan abang tirinya. Memang Ash sedia maklum bapanya, Mukhriz beristeri lain dan meeka miliki seorang anak. Cuma Ash tidak berminat bertemu mereka.

Tidakan papanya membawa pula Ash ke rumahnya membongkar rahsia rupa-rupanya Akif yang menjadi seterunya selama ini adalah abang kembarnya dan mereka bakal meneruskan kehidupan di bawah satu bumbung mulai hari itu. Selama ini Akif hanya mengetahui dia ada adik perempuan bernama Hani.

Ketika cuti semester, kedua-duanya terpaksa menghabiskan masa bersama kerana mahu membantu papa mereka menguruskan ladang kelapa sawit, ladang pisang dan sawah padi yang luas di kampung. Berlaku pelbagai insiden lucu antara keduanya dalam usaha memenangi hati papa dan seorang gadis kampung yang sama-sama diminati keduanya dalam diam.