THE SPY DAD (8TV)

THE SPY DAD
Tarikh siaran: 16 Jun 2012
Hari: Sabtu,
MASA: 8.30 malam
PELAKON: Tony Leung, Gillian Chung, Jordan Chan, Edison Chen



SINOPSIS THE SPY DAD (8TV)
Jim Yi Bond merupakan pelakon filem ternama, terkenal dengan watak perisik ala James Bond. Namun realitinya beliau seorang yang sangat penakut walaupun hanya melihat rompakan kecil. Isterinya, Kwan Man King menceraikan beliau dan berhijrah ke Hollywood. Sementara itu, Janet dan Teet Nam ahli Interpol sedang giat mencari pengganas, Lung Yut yang lari dari Thailand.

Kwan kembali ke Hong Kong dan memberitahu bahawa pihak Hollywood berminat mengambil Jim untuk berlakon bersama beliau dalam sebuah filem. Anak-anak mereka, Cream dan Crispy berharap pasangan ibu bapa ini kembali bersatu tetapi Jim harus menjadi ‘hero sebenar’ untuk menawan kembali hati isterinya.
Apakah yang bakal terjadi kepada hubungan Jim dan Kwan? Berjayakah Janet dan Teet Nam membawa Lung Yut ke muka pengadilan? Saksikan filem menarik ini di 8TV.