A UNTUK AYAH (TV1)

‘A’ Untuk Abah
TARIKH: 16 Jun 2012,
MASA: 3.05 petang
PELAKON: Shafie Naswip Kazaruddin, Radhi Khalid, Liza Abdullah, Zila Bakarin dan Norseha.



SINOPSIS A UNTUK AYAH (TV1)
Ia bermula dengan watak Fahmi semasa diusia remajanya seorang pelajar “genius” yang sentiasa memperolehi keputusan cemerlang di dalam pelajarannya. Cita-cita Fahmi pula untuk menjadi seorang Pakar Jantung, tambahan pula Abahnya (Latif) yang merupakan seorang bapa tunggal telah mengidap penyakit lemah jantung tanpa disedari oleh Fahmi.

Tetapi malangnya Latif meninggal dunia akibat serangan jantung pada hari yang sama dan Fahmi amat kecewa kerana Abahnya tidak sempat melihat keputusan Fahmi yang mendapat pengiktirafan sebagai pelajar terbaik diperingkat negeri semasa itu.

Pelajaran Fahmi semakin lama-semakin merosot sehingga dia hanya mampu mendapat keputusan sederhana di peringkat SPM, cita-citanya untuk menjadi Pakar Jantung gagal dan hanya berjaya menjawat jawatan sebagai Pembantu perubatan di sebuah klinik Desa Kerajaan sahaja.

Kini Fahmi berusia 40 tahun, hasil perkahwinanya dengan Suraya mereka memperolehi seorang anak lelaki tunggal bernama Azmi yang mewarisi sifat semula jadi “genius” daripada ayahnya (Fahmi). Azmi yang sedang belajar di tingkatan 3 akan menduduki peperisaan PMR. Azmi seorang yang berjiwa seni manakala Fahmi terlalu mengharapkan Azmi supaya nanti menyambung pelajaran di dalam aliran Sains Tulen dan diharapkan untuk menjadi seorang Doktor Pakar bagi memenuhi cita-cita Fahmi yang gagal dicapai olehnya sebelum ini.

Semasa keputusan PMR diumumkan, Azmi nekad untuk melarikan diri ke kampung datuknya. Ketika di kampung dia bertemu budak lelaki penjual kuih bernama Jai yang hidup susah bersama ibunya. Ia memberikan pengajaran kepada Azmi tentang niat murni abahnya yang mahukannya berjaya dalam hidup.