BEST IN THE WORLD 2 (8TV)

BEST IN THE WORLD 2
TARIKH SIARAN: 11 JULAI 2012
HARI: RABU
MASA: 9.30 MALAM
EPISOD: 13
BAHASA: BAHASA MELAYU & INGGERIS



SINOPSIS BEST IN THE WORLD 2 (8TV)
Malaysia merupakan sebuah negara yang cukup unik yang terdiri dari berbilang bangsa, adat dan agama dan tidak hairan mempunyai pelbagai jenis masakan yang lazat. Dari masakan Melayu sehingga ke masakan India, setiap hidangan mempunyai keunikan yang tersendiri dari segi bahan dan rempah-ratus yang digunakan. Tidak hairan salah satu sebab ramai pelancong gemar ke Malaysia kerana keenakan makanan pelbagai rasa di negara kita.

Pengacara yang dikenali dengan karakter ‘gila-gila’ Razif Hashim akan bersama-sama anda selama 13 episod ini. Razif akan membawa anda mengembara untuk merasai keenakan makanan-makanan di Malaysia. Razif juga banyak berinteraksi dengan orang ramai untuk berkongsi pendapat tentang makanan yang patut dicuba oleh penonton di rumah.

BEST IN THE WORLD musim ke-2 juga akan menghidangkan kepada anda tiga episod khas iaitu ‘World Flavours’, ‘People’s Choice’ dan ‘Raya Special’ yang pastinya memaparkan makanan yang cukup enak!

“Saya seorang yang gemarkan makanan dan program ini semestinya membuat saya berselera dan tidak sabar untuk mencuba makanan yang diketengahkan dalam program ini!” kata Cik Airin Zainul, Pengurus Besar 8TV dan ntv7.

Airin menambah “Beberapa paparan yang dimuatkan dalam BEST IN THE WORLD musim ke-2 ini banyak mengingatkan saya tentang makanan yang selalu saya makan ketika saya kecil dahulu. Jangan ketinggalan menyaksikan aksi dan gelagat spontan Razif dalam BEST IN THE WORLD musim ke-2!”

Bermula 11 Julai 2012, saksikan sebuah program yang pasti merangsang selera anda dengan makanan-makanan lazat di Malaysia dalam BEST IN THE WORLD musim ke-2 setiap Rabu jam 9.30 malam hanya di 8TV.