HIROSHIMA SKY (NTV7)



Hiroshima Sky
SLOT: Thai Lakorn
MULAI: 9 Julai
HARI: setiap hari Isnin hingga Jumaat
MASA: 10.00 pagi.
PELAKON: Aun Wasukaipaisarn sebagai Tawan dan gandinganngannya Paula Taylor sebagai Fun Fah.



SINOPSIS HIROSHIMA SKY (NTV7)
Kisah yang bakal menarik ramai penonton itu bermula setelah Tawan berasa sangat kecewa ditinggalkan kekasihnya yang memilih lelaki kaya sebagai pengganti. Kecewa dengan perjalanan kisah cintanya, Tawan nekad untuk menerima tawaran oleh syarikatnya untuk meneruskan pengajiannya di Jepun. Sedang Tawan menempuh alam barunya, dia ditakdirkan bertemu seorang wanita jelita, Fun Fah yang periang namun sering membawa masalah yang tidak diduga.

Pencarian Fun Fah dalam mencari ayah kandungnya bakal membawa plot menarik seterusnya dalam drama bersiri ini. Penggambaran yang dijalankan di Hiroshima, Jepun itu pastinya bakal membuai perasaan penonton dengan jalan cerita cinta romantis dan lucu.