HUMAN TARGET MUSIM 2 (TV3)

HUMAN TARGET MUSIM 2 (TV3)
HARI: setiap hari Ahad
MASA: 10.00 malam
MULAI: 8 Julai



SINOPSIS HUMAN TARGET MUSIM 2 (TV3)
Kesinambungan dari musim pertama, ia berkisar tentang perjalanan hidup seorang penyiasat peribadi yang sangat unik. Dibintangi oleh Mark Valley sebagai Christopher Chance, individu yang mempunyai pelbagai personaliti dan identiti berbeza selaku penyiasat peribadi. Selain itu, beliau juga mempunyai kemahiran sebagai seorang kontraktor dan pengawal peribadi bagi klien-kliennya.

Chance tidak bersendirian kerana dia turut disertai oleh rakan perniagaannya, Laverne Winston, bekas detektif polis San Francisco, Guerrero, bekas pembunuh upahan, Ilsa Pucci, salah seorang bekas klien Chance yang menyalurkan sumber kewangan dan Ames, bekas pencuri berpengalaman. Chance melalui masa lampau yang gelap dan misteri. Sehingga kini, ramai yang tidak mengetahui nama sebenar beliau dan asalnya beliau dilatih untuk menjadi pembunuh upahan.

Perancangan Chance dan Guerrero untuk menyelamatkan Winston menjadi pembukaan musim kedua Human Target. Enam bulan selepas itu, Chance mengambil keputusan untuk menenangkan diri di Nepal dan bertemu Ilsa Pucci, balu kepada jutawan Marshall Pucci yang meninggal dunia kerana nahas helikopter. Ilsa yakin kematian suaminya adalah konspirasi pembunuhan terancang dan mahu mengupah Chance untuk melindunginya. Chance membatalkan hasratnya untuk bersara bagi membantu Ilsa. Bagaimanapun, Ilsa diculik terlebih dahulu. Pada masa yang sama, Winston dan Guerrero berjaya menangkap seorang wanita yang dipercayai telah mencuri cincin Ilsa. Ames kemudian mengakui beliau telah diarahkan oleh penculik Ilsa iaitu peguam Ilsa sendiri. Chance, Winston dan Guerrero cuba menjejaki mereka sehingga ke sebuah bank di Geneva, Switzerland.

Misi menyelamat Ilsa membuka lembaran baru buat Chance dan rakan-rakannya. Namun, apakah sejarah lalu Chance akan kembali menghantui dirinya? Saksikan musim kedua Human Target yang turut menampilkan Chi McBride sebagai Laverne Winston, Jackie Earle Haley sebagai Guerrero, Indira Varma sebagai Ilsa Pucci dan Janet Montgomery sebagai Ames pada setiap hari Ahad jam 10.00 malam.