MOMOK JANGAN CARI PASAL

Momok Jangan Cari Pasal
Pengarah : M.Jamil
Syarikat Penerbit : Galaksi Seni Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
kategori : Filem Cereka
Genre : Seram, Muzik, Komedi
Klasifikasi : PG-13 - Bimbingan ibubapa atau orang dewasa disyorkan untuk kanak-kanak di bawah umur 13 tahun
Tarikh Tayangan : 12 Julai 2012



SINOPSIS MOMOK JANGAN CARI PASAL
Filem ini mengisahkan tentang perjalanan filem terbaru arahan M.Jamil. Sepanjang penggambaran filem ini, banyak kejadian-kejadian seram yang benar-benar berlaku. Semenjak hari pertama penggambaran, krew dan tenaga kerja, termasuk pelakon semuanya diganggu oleh "Momok" dan kejadian-kejadian yang aneh dan misteri.


Tok Wan yang dipanggil untuk melancarkan penggambaran filem ini tanpa gangguan juga tidak dapat membantu sepenuhnya. Ke mana hilangnya Ajaq, pelakon baru yang terlalu minat untuk berlakon namun akhirnya lari ketika di set penggambaran? Adakah Sheril Aida terlalu mendalami wataknya sehingga dirasuk?


Dapatkah filem ini disiapkan dan adakah M.Jamil akan meneruskan penggambaran filemnya ini walaupun semua krewnya diganggu? Semuanya bakal terjawab dalam filem…