QARI JUNIOR (TV3)

QARI JUNIOR (TV3)
MULAI: 23 Julai 2012,
HARI: hari Isnin hingga Jumaat
MASA: 9.00 pagi di TV3.



SINOPSIS QARI JUNIOR (TV3)
Qari Junior yang bersiaran selama 30 minit, menampilkan Ustaz Zhafran Zainuldin sebagai pengacara. Program ini akan mencungkil bakat kemahiran kanak-kanak berumur lingkungan 7 hingga 12 tahun dalam menghafaz ayat suci Al-Quran. Menariknya program 20 episod ini, ia bukan sahaja menyaksikan pertandingan di antara peserta semata-mata malah program ini mengajak penonton untuk mendekatkan diri dengan Al-Quran.

hanya 12 peserta yang layak dan berbakat dipilih bertanding di dalam program Qari Junior. Di setiap penghujung episod program ini, terdapatnya sesi penyingkiran di kalangan peserta sehingga empat orang peserta sahaja yang akan layak mara ke pusingan akhir.

Bagi pusingan akhir Qari Junior, menyaksikan persaingan di antara peserta Abdul Hadi bin Haris (8 Tahun), Syakirah binti Shahfuddin (10 Tahun), Fatimah binti Ahmad Zahid (11 Tahun) dan Nur Najwa Madihah binti Abdul Jalil (9 Tahun). Cabaran akan diberikan kepada para peserta di mana mereka dikehendaki menghafaz surah yang diberikan seperti surah Al-Insan, surah Yaasin, dan Surah As-Sajdah, serta surah tambahan seperti surah As-Saff, surah Al-Waqiah, surah Al-Mulk, dan surah Ar-Rahman. Markah para peserta akan diambil kira dari sudut Hafazan, Tajwid, Fasohah beserta Suara dan Lagu.

Kemerduan alunan ayat suci Al-Quran yang dipersembahkan oleh setiap peserta akan diadili oleh juri yang berpengetahuan luas dalam bidang keagamaan iaitu Ustaz Zamri Zainuldin dan Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd Badiuzzaman.

Juara Qari Junior akan membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM10,000 beserta plak sumbangan TV3 dan pakej mengerjakan umrah tajaan Al-Fajr Travel, manakala saguhati akan menerima RM2000 setiap seorang beserta plak sumbangan TV3 dan pakej mengerjakan umrah tajaan Al-Fajr Travel.