RAMADAN BERSAMA NAIDA (TVi)


RAMADAN BERSAMA NAIDA (TVi)
episod: 13 Episod
SALURAN: TVi (Saluran 180 Astro)
HARI: setiap Isnin,
MASA: 12.00 tengahari,
PENGACARA: Naida
MULAI: 30 Julai



SINOPSIS RAMADAN BERSAMA NAIDA (TVi)
mengajak penonton mempelajari perbezaan masakan, budaya dan cara hidup yang perlu diadaptasi oleh mereka untuk menyesuaikan diri hidup di negara kita. Ia sedikit sebanyak menyumbangkan info tentang negara Islam yang lainnya.

Episod pertama membawa penonton berkenalan dengan Ala Salih, pemilik restoren Sahara Tent di Bukit Bintang dan mengimbas kenangannya menyambut Ramadan bersama keluarga tersayang di Iraq. Penonton turut diperkenalkan kepada masakan dari Iraq ketika berbuka puasa dia restorennya. Ala Salih berkongsi pengalamannya sebagai warga Iraq yang pertama membuka restoren di sini dan bagaimana ini membuka peluang kepada banyak pelancong untuk datang ke Malaysia kerana adanya banyak pilihan makanan di sini. Encik Ala Salih juga berkongsi pendapat tentang persaman dan perbezaan budaya dan makanan di Iraq dan Malaysia.

Kemudiannya teruskan bersama Mounira adalah seorang pelajar di IIUM yang meminati bidang bisnes. Dia dilahirkan dia Arab dan berpindah ke Chad Afrika. Impiannya menjadi kenyataan apabila dia diterima belajar di universiti di Malaysia. Mounira sudah berkahwin dan dia mahu melanjutkan pelajarannye hingga ke peringkat Master di Malaysia. Dia berkongsi bagaimana keluarganya di Chas menyambut Ramadan dan Aidilfitri yang menjelang. Dia juga menunjukkan aktivitinya ketika Ramadan di kampus bersama kawan-kawan dari Malaysia dan Singapura yang banyak membantunya ketika dia masih belum fasih berbahasa Inggeris untuk berkomunikasi. Kita juga akan dapat lihat Mounira dan kawan-kawan berbuka puasa ni Restoren Arab Naab dan melihat masakan Arab yang menjadi kegemaran Mounira. Mounira adalah salah satu wanita moden yang sanggup mengorbankan masa bersama keluarga tercinta di tanah air, demi mencapai cita-cita.

Kemudiannya program ini mendekati pemuda bernama Essam berasal dari Mesir yang mengikuti pengajian dari Australia. Dia telah berkahwin dengan seorang warga Malaysia dan dikurniakan dua cahaya mata. Bersama keluarganya dia menetap di Kuala Lumpur sejak berpindah dari Australia ke Malaysia. Essam berkongsi pengalamannya semasa menyambut zaman kanak-kanak dan 20 tahun terawal hidupnya di Mesir, kemudian menyambung pelajaran di Australia dia mana dia bertemu bakal isteri tercinta, dan akhirnya berpindah untuk menetap di tanah air isteri. Essam juga menyuarakan pendapatnya tentang perbezaan masa berpuasa, budaya dan makanan yang sangat ketara antara ketiga-tiga benua yang penah didudukinya.

Kenali juga Shiva yang berasal dari Iran merupakan anak bongsu perempuan di dalam keluarganya. Meskipun pada mulanya tidak pernah terlintas pun di hatinya untuk menetap di Malaysia namun segalanya berubah kemudiannya apabila perniagaan yang diusahakannya semakin menampakkan kemajuan. Shiva adalah wanita Islam yang moden, yang menjalankan perniagaannya sendiri di restoren Eastern Hut di mana dia akan menjamu berbuka puasa dengan makanan-makanan Iran yang asli dan pastinya sungguh lazat. Shiva juga menceritakan bagaimana dirinya menyesuaikan diri dengan persekitaran di Malaysia dan bagaimana dia dapat berdikari walaupun datang hanya seorang diri di sini.

Saksikan 13 episod Ramadan Bersama Naida hanya di TVi (Saluran 180 Astro).